Monday, May 11, 2009

TANGAN HIJAU

Telah aku katakan sebelum ini bahawa aku baru nak berjinak-jinak dalam lapangan berkebun. Hahaha macam gampang bunyinya. Ye ke? Sukati koranglah nak cakap apa. Tapi aku dah start dah pun. Hahaha.

Aku bukanlah seorang yang bergelar "green hands" atau "tangan sejuk" dalam bidang bercucuk-tanam ni. Tak macam sesetengah orang, campak biji tembikai pun menjadi. Tapi bila difikir balik, kalau seseorang tu macam spesis aku yang bukan "tangan sejuk" nih tak reti buat benda lain selain bercucuk-tanam dan itu jugaklah sumber rezeki dia, macam mana? Logik ke alasan tu? Cheh.


Ini namanya bunga kantan

Jadi, atas semangat itulah aku pun belasah je dengan berpegang kepada mutiara kata: Tidak rugi berbudi dengan tanah (hek eleh menggelabah betul la dia nih). Apa budi yang aku tabur pada tanah? Haa... setakat ni aku dah berjaya menanam serai, pandan dan bunga kantan yang nampaknya tengah follow-up. Alhamdulillah. Korang cakaplah hek eleh serai dengan pandan pun kecoh... korang try la tanam sendiri tengok menjadi ke tidak? Mengutuk senanglah.

Asas bertani memang tahap paling rendah yang aku ada. Rujukan aku ialah mak mertua dan mak aku selain jiran belakang rumah yang juga orang Jawa Batu Pahat dan juga senior aku di SDAR dulu. Pelan-pelan kayuh katanya. Yang penting kau siraaam je selalu (sila perhatikan perkataan siram dieja dengan 3 "a"). Pokok ni mula-mula memang dia macam nak mati, tapi kau buat tak tau je dan terus siraaam je (ini bukan salah taip). Nanti lama-lama dia naik lah. Ok kataku. Jawa (nickname jiran aku di sekolah dulu) juga dah booking tunas pokok bunga kantan aku bila dah membiak kelak. Aku kata no problem, tengoklah menjadi ke tidak dulu.

Dan weekend baru ni aku mencuba spesis lain pulak. Tanaman hiasan katanya. Aku mintak Mat Taib (budak opis aku) tolong rembatkan anak pokok bunga raya putih dan anak pokok buluh (rebungnya) dari lanskap opis aku yang tak berapa cantik tu hahaha. Alah, bukan nak buat berniaga pun... nak tanam depan rumah je hahaha. Dan aku jugak mintak anak pokok berus (?) dari Halim, jiran aku. Apa nama sebenar pokok ni entah, aku bantai panggil pokok berus je. Senang hidup katanya. Aku kata, bolehlah aku try, bak sikit.

Sekarang aku hanya ikut petua Jawa iaitu: Kau siraaam je (terkahir kali perkataan siram memang sengaja dieja dengan 3 "a"). Dan itulah rutin aku sebelum dan selepas balik kerja sekarang.

6 comments:

mamabio said...

ok. good luck!
patut la hari2 'kau siraaaaam' je.. (tambah lg 2 'a')

tembakau said...

terus nyanyi lagu pahlawan canggkull sudah berjayaaa...

ek ehhh budak sdar ropenyee

pye:rudz said...

mamabio: jangan marah haa...

tembakau: cangkul pun cangkul lah... ehhee... terbocor rahsia x-sdarian

Najwa Aiman said...

Weh...! Minta kat Pokteh laaa... Dia ada banyak macam-mcam segala spesis tok nenek yang dia rembat dari Majlis Bandaran utk tanaman kat R&R Sg Buloh tu beb! Ekekekekeke...

Kotak Keranda said...

eh wal pertanian gitu..! mai dtg umah wa, bpk wa tanam tebu, nenas, serai, daun pandan, cili padi, pokok ubi dan sekali-sekala ada ular tedung sesat dowhh..

pye:rudz said...

najwa aiman: itu next step tu.

kotak keranda: dia pensioner beb, terlalu banyak masa terluang. gua part-timer je... slow sikit.