Tuesday, June 2, 2009

JAJAN

Pon! Pon! Pon! Bunyi hon babu roti yang menandakan dia dah berada di lorong rumah aku. Aku pantas bergegas keluar. Hah, dah nak sampai depan rumah. Aku bergegas masuk rumah balik.

"Mama, roti dah sampai!" pekikku.
"Suruh dia tunggu kejap", kata mama sambil membuka laci untuk mengambil buku 555.

Dan aku bergegas kembali keluar sambil menahan babu roti macam orang tahan bas Sri Jaya. Rasa macam tonto pun ada jugak kadangkala. Babu roti membrek dan membunyikan lagi hon angin dia Pon! Pon! Pon! Dengan harapan jiran-jiran sekeliling datang membeli roti yang bergayut-gayut di atas motornya itu.

Sambil mama beli roti buku Sunshine yang packagingnya kertas lilin, aku pula buat-buat sibuk membelek-belek jajan yang sengaja digayutkan di bahagian depan motor babu. First attractive impression untuk budak-budak macam aku.

Aku tersenyum girang sebab dapat Kam-Kam peket merah. Tak sabar nak bukak tengok hadiah murah apa yang bakal aku dapat. Untuk menyeimbangkan element of surprise, kegembiraan bermain dan mendapat sepeket Kam-Kam, aku bercadang untuk sambung bermain kat luar sambil fikiran menerawang cenderung teringat Kam-Kam yang menanti. Bestnya.

Aku meluru pantas masuk ke rumah bila senja dah nak masuk Maghrib.

"Mana Kam-Kam tadi?" getusku dalam hati.
"Kau carik apa? ...Dalam tong sampah", abah sound dari depan.
Aku selak tong sampah dan nampak Kam-Kam merah aku dalam tu. Ikut hati memang nak ambik je.
"Sapa bagi makan junkfood nih? Dah berapa kali abah cakap blablabla...", abah bising.

Gua gerak longlai naik atas. Syahdu. Nak nangis pun tiada ertinya. Ia tidak akan dapat mengembalikan Kam-Kam itu.

***

"Banyaknya jajan you beli! Mamee lah, Twisties lah, Doritios lah ntahapahapa", kata Shidah masa kami di pasaraya Giant.

"Inilah pembalasan Si Pitung. Nasib baik Kam-Kam takde jual lagi sekarang".

16 comments:

Najwa Aiman said...

Errr... yang tolong beli/bayrkan Kam-Kam tu kena marah jugak tak? Hehehehe...

By the way, nanti Mikael lu nak bagi makan jajan tak?

kookabooras said...

aku pon mcm tu jugak mase kecik. tak selalu dpt beli satay ikan yg org jual naik beca tu. dulu selalu beli 1-2 btg pon da happy giler. aku balik kg baru ni ade ternampak brader jual satay ikan lalu dpn umah aku. so aku pon balas dendam beli rm10. mak aku sound - ni nak bg makan anak yatim ke ape?

widz said...

ni bai petang2 kat keramat tu ke? mcm bai roti yg sama je.. tapi aku byk beli roti bun yg dulu 15 sen :P

pye:rudz said...

najwa aiman: dia immune beb. gua akan cuba educate mikael tentang khasiat junkfood yang serupa takde khasiat and "influence" him to snack on kacang2 ke, buah2 ke dll.

kookabooras: sate ikan yang brader jual naik motor tu memang layan beb.

widz: mungkin bai yang sama dan mungkin bukan. tapi aku rasa mereka berkomplot dari kilang yang sama: federal bakery.

mamabio said...

ahahaa.. aku suka roti yg mcm siput, dlm ada cream.. heaven je masa bdk2 dulu.. skrg tidak lg.

widz said...

yeaah federal bakery. aku masih ingat dulu2 ada roti kaler coklat dibungkus kertas minyak kaler putih.

memories of keramat... org jual tau foo fah pun lalu depan umah.

Basuh Baju said...

aku suka jajan keropok durian 30 sen..pergh.. ada lg kan? haha

ez said...

adakah lu ni berbintang cancer?

pye:rudz said...

mamabio: roti siput berkrim hahaha

widz: orang jual sate naik basikal pun ada...

basuh baju: itu antara yang vintage. tapi dulu aku beli 20sen je.

ez: gua sagittarius la brader...

tembakau said...

tanda dagangan dia gambar popeye kan?...hahahaha

pye:rudz said...

temb: ya betul pakcik hot! kinos actually pengeluar dia.

Kotak Keranda said...

hahahhaa.. kam.kam. ye? ding dang pong ada mainan gak. bpk wa kurang suka gak wa makan junk food. tp wa jenis underground.. masa tadika wa tak beli junk food, wa beli rokok batang (555)..muakakakkak.. saja nak tgk asap kuar dari mulut. bpk wa sker blikan wa majalah gila-gila.. dia kata bagus utk minda kita befikir. sampai skang wa punya minda mmg cargas..secargas asap yg kuar dari mulut si perokok di keliling wa...haisk!! nikotin! tar..! barah! barah!

pye:rudz said...

ding-dang ada jual lagi... tapi manjang lemau coklat dia. hampeh.

tembakau said...

aku tak berapa ingat sgt tapi rasa mcm hinos tapiu itu brand lori...

pye:rudz said...

apa daaa hinos... itu memang jenama lori. kinos lah, kinos. bunyi bukan di mulut, tapi di sini... KINOS.
hahaha jangan marah haa...

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.