Tuesday, June 9, 2009

KISAH

Diana Danielle tamat PLKN, keluar front page.
Haram gua tak kisah, jauh lagi untuk ambil peduli.

Sarimah Ibrahim disahkan bercerai, keluar front page.
Lu punya rumahtangga, lu punya hal lah.

Lulus Bahasa Inggeris adalah standard baru SPM, keluar front page.
Isu ni gua ada sikit kisah. Dan ingin perdebatkan pada masa yang sama, bila ada kelapangan.

Warga Iran ditahan kerana cubaan menyeludup masuk syabu, keluar front page.
Ini pun gua ada kisah sikit. Apa? Senang sangat ke nak seludup barang masuk Malaysia nih? Tahap keselamatan kita "sangat longgar" ke sampai diorang begitu berani?

Newcastle ditawarkan 100 juta pound, keluar front page.
Sebab Michael Owen tinggalkan Liverpool untuk berhijrah ke Newcastle, maka gua tak kisah.



Harga minyak global dijangka naik, TAK keluar front page.
Ini memang gua betul-betul kisah. Apa? Tak penting ke berita ni? Cerita Dania Danielle dan Sarimah Ibrahim lagi penting dari berita ni ke? Dari sudut lain, mungkin aku kena start simpan duit untuk beli kereta hybrid. Honda Civic Hybrid nampaknya yang paling sejoli dengan selera aku. Bila ntah.


Nota: Oh ya, aku merujuk kepada akhbar nombor 1 Malaysia yang claim bahawasanya merekalah Penyebar Fikiran Rakyat. Ini baru betul-betul menyebar!

16 comments:

kookabooras said...

tu civic hibrid uk spec kan bro? ade sbijik kat area opis aku.

Kotak Keranda said...

haahahha.. ya btol! bulu mata palsu artis tu kan lebih penting dari rega petrol..uhuks

tembakau said...

senak otak beb, masa ekonomi merudum, minyak turun, ekonomi pulih mnyak naik taik penama?ekonomi ni utk sapa?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

gua memang malas nak kisah...

yg gua kisah, honda tu mana mari?

Najwa Aiman said...

Huh??? Diana Danielle lulus PLKN??? (beta tak baca paper yang menyebarkan fikiran)

Huh? PLKN ada exam??? (soklan beta)

Huh? Sarimah dah kahwin sebelum ni??? (Ni soklan Permaisuri beta)

pye:rudz said...

kookabooras: aku tak tau, aku petik kat wikipedia gambar tu.

kotak keranda: itulah jawapan kepada persoalan kenapa "kita" masih di takuk lama.

tembakau: itu yang aku tak berapa nak paham tu.

a.k.u.p.e.n.t.o.i: jawapan sama seperti kepada kookabooras ;)

najwa aiman: baca paper apa tak menjadi masalah. yang menjadi masalah ialah tahap penapisan dalam akal kita yang berbeza-beza.

mamabio said...

diana tu 'tamat' je bro. x mention exam maa.. plkn got exam meh?

mayb newspaper 'laku' sbb news yg mcm ni kot.. news artis yg kononnya semua kenal (not najwa aiman.., hikhihiii)
klau letak harga minyak naik, org ramai dah x beli newspaper.. org trus isi myk kete sblm harga betul2 naik..

bokbon said...

mana ketelusan akhbar sebagai penyampai berita? kenapa? dikekang?

oleh siapa?

bodoh punya orang surat khabar, orang yang mengekang juga.

pye:rudz said...

mamabio: strategi perniagaan kenalah kacip dengan fungsi akhbar jugak kan? berita yang penting yang perlu disampaikan dulu. baru fikiran rakyat boleh tajam.

bokbon: betul punya marah ni sedara ehhee...

Lynn said...

lain kali, kalau nampak headline merapu kat akhbar yg kononnya #1 tu, tell yourself:

"ada aku KISAH?" hahahaha

Anonymous said...

wei, bila plak tukar syarat lulus BI kalau nak dapt SPM?? aku ingat mmg itu wajib dari azali lagi... BM kena credit, BI kena at least P8.

Ini mmg gua kesah.... sekarang ni bebudak baru grad masuk keje, english tunggang langgang tahap gaban la... c'mon la.. susah beb kalau kita nak jadikan BM lingua franca sekarang... kalau tahun 1451 boleh la tak yah pass BI... tak de org kesah... abg ko hisham tu tido ke selama hari nih??

MFN

pye:rudz said...

lynn: good idea. kawan aku lain pulak. bengini bunyinya setiap kali menyelak suratkhabar: propa... propa... propa... aahhh, ini semua propaganda! kehkehkeh...

ngek: syarat baru. bacalah paper woii... hahaha. tapi, memang real pun. baru ni lagi kecoh, syarat at least lulus BI untuk SPM akan menyusahkan pelajar luar bandar. wtf? tapi kau sibuk nak rapatkan juranglah, taknak luar bandar terpinggirlah. macam-macam alasan kalau orang suruh nak majukan diri.

Basuh Baju said...

Utusan meloya?

hahahaha

aku rasa nak sekeh2 je awang selamat tu..

kuchalana said...

kakakaka.. utusan melayau?

tu tabloid la yop bukan paper.. taraf majalah mangga tu.. byk gosip ja situ...

Labu-Labi said...

aku pun heran la pasal isu B.I nie.. kecoh mcm hak melayu kena tarik..syarat dia lulus je..kalau lulus B.I pun tak dapat..baik tak payah pegi blaja skolah 11 tahun betul tak??..suruh lulus je..bukan suruh dapat A1!! apa la...xkan stakan yes no orait je kot yg tau..lepas nie aku sokong pelajar2 Islam wajib lulus subjek agama..diorg beriman ke tidak tu hal diorg..tapi at least diorg kene tau dan paham rukun dan hukum2 asas dlm Islam..!!Budak2 skarang bukan xtau camne...

pye:rudz said...

basuh baju: baik kau sekeh editor dia bro.

kuchalana: filter akal yang penting. ingat, filter akal.

labu-labi: setuju benar lah! ini semua buat keje jangka pendek. esok pening, adjust benda lain pulak. tak holistik (uish, emosi pulak hahaha).