Friday, June 26, 2009

LEWAT 80-AN

Sabree lahir di Belgium katanya. Kulitnya putih, pakai spek mata, cakap Inggeris berhabuk. Maka aku pun percayalah kata-kata Sabree.

Seluar biru pekat dia jenis fit-fit kaki, pastu senteng sikit. Matching pulak dengan kasut Sinaran yang ada reflektor. Baju putih tu standardlah kalau dah tak berapa putih. Mungkin mak Sabree tak suka menggunakan nila untuk baju sekolah anaknya. Clorox tu apa benda pun aku tak tau masa tu. Ntah wujud ntah tidak.

Sabree ni baik orangnya, seingat akulah. Dia masuk sekolah aku rasanya masa darjah 4. Lepas tu tak sempat UPSR dia dah pindah sekolah lain. Dia ada bagi hadiah selamat tinggal (farewell gift) pada aku. Sebiji botol syampu hotel Holiday Inn yang dah kosong. Hahaha. Tapi aku rasa botol tu masih ada dalam simpanan aku sampai sekarang.

Selain itu, Sabree juga pandai menyanyi dan menari. Pernah satu kali cikgu kitorang hilang akal suruh anak murid menyanyi secara solo kat depan kelas dan Sabree menyanyi lagu Merisik Khabar - Sudirman. Semua awek-awek kagum dan aku tidak menolak mungkin ada yang jatuh cinta pada Sabree masa tu. Untuk kategori suara budak belum akil baligh kira sedap la itu jam.

Si Sabree ni jugak pandai buat Moonwalk. Ala, yang gaya Michael Jackson jalan gostan masa pertunjukan pentas tu. Fuh, memang real beb dia buat. Gua sempatlah belajar teknik tu. Kira kalau dapat buat moonwalk itu jam memang kaulah yang paling terel menari.

Tapi aku tak tau apa khabar si Sabree, mamat yang ajar aku buat moonwalk ni. Yang aku tau brader yang ajar Sabree buat moonwalk dah mati.



Rehatlah dengan tenang brader Michael Jackson.

6 comments:

raddy said...

lama aku tunggu, nampaknya tak dapat aku nak tengok konsert dia kat Mesia lagi.. dulu masa dia datang, aku sengkek, student... takde duit nak beli tiket.. nak mintak kat bapak aku duit beli tiket MJ masa tuh? ..hmm..kemsalam... R.I.P Wacko Jacko

Najwa Aiman said...

Inna lillaahi wa inna ilaihi rooji'uun...

ad3ck said...

Video clip Black & White feveret ku dulu hehe.

Kotak Keranda said...

ahaks.. wa ada glove putih dowhh, masa darjah 6. Sempat gak ar tgk concert dia kat stadium dulu-dulu..

pye:rudz said...

raddy: memang nak kena pelangkung kepala kalau mintak bapak duit nak beli tiket konsert.

najwa aimna: harap-harap dia mati sebagai muslim.

ad3ck: aku minat smooth criminal dengan billie jean. cool habis!

kotak keranda: gua ada gambar dengan MJ depan KFC. zaman BAD rasanya. mana pegi ntah gambar tu.

Lynn said...

gambar dgn life size cutout la kan? bukan the real MJ? hehe