Tuesday, June 23, 2009

RINGKAS

Oleh kerana aku sedikit sibuk kebelakangan dan kehadapan ini, maka aku ringkaskan saja buah fikiran aku secara bernombor.

1. Kalau dah salah tu mengaku sajalah, jangan nak pesong atau selewengkan kesalahan itu kepada orang lain.

2. Hormati sebarang keputusan tuan empunya badan, dia ada hak di atas keputusan yang dibuatnya.

3. Kalau simpang kat atas jalan tu anak panahnya terus, jalanlah terus. Jangan bikin gampang mau pancung belok kanan lalu menyusahkan orang lain.

4. Kalau kau yang ada masalah komunikasi dalaman, jangan nak kata orang lain pulak yang ada masalah sama.

5. Kalau bergedel tu sedap, makanlah. Jangan banyak cakap lagi, rugi.

6. Ikan Arapaima boleh menjadi sebesar aku kata jiran aku malam tadi. Ye ke?

7. Aku sangat berhajat nak melepak dengan Tembakau weekend itu ari tapi tak sempat. Lain kali barangkali.

8. Lain kali kalau nak servis kereta tanpa membuat appointment, datang sebelum subuh. Kan dah kena tunggu sampai 3 jam kat service centre. Nasib baik ada nescafe free-flow. Lebih baik buat appointment dulu.

9. Kalau hal kedatangan pun tak boleh nak ambil tindakan, tak payah sibuklah hal-hal lain yang lebih rumit. Jangan panggil diri itu pasukan pengurusan lagi baik.

10. Melayu memang akan susah untuk maju kalau masih tegar dengan konsep: Tidak mengapa atau lebih glamour Takpe.

11 comments:

Fa-T said...

10 teori yang akan dijadikan sempadan dan tauladan...

bab ikan arapaima tu.. ahaha tergelak aku...

sevven said...

3. Ramai orang sekarang memang dah tak reti ikut anak panah. Tengok je la kat jalan, parking lot, stesen minyak. Pelik, padahal orang zaman batu pun boleh paham.

Najwa Aiman said...

11. Jangan terus masuk ke tandas awam sebaik sahaja baru lepas mendaki tangga setinggi tiga tingkat bangunan... eheks...

artisticklytouch said...

ringkas pun 10 gak ko belasah...

Kotak Keranda said...

tambah satu lg ley? 12. kalu signal lip-lap dah hampir 100m..utk ke kanan, make sure lu gi kanan. jgn bikin susah org lain lak tetiba lu zass kiri. basketball punyer olang!

tembakau said...

arapaima celup tepung?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

no 3 tu mmg gua sokong abis..

pye:rudz said...

fa-t: ini bukan teori lah...

sevven: memang kita masih di era flintstone (heheheh)

najwa aiman: kalau tidak tak cukup oksigen? hahaha

artis: kalau tak ringkas mau 37 aku letak hahaha

kotak keranda: itu memang bengap lagi bebal namanya

tembakau: lalu ke nak makan bro? hahaha

toi: memang menyakitkan hati karakter pemanduan yang macam tu

nasazfrog... said...

next... ha no 8 den suko,, betul tuh,,,

ad3ck said...

Statement bergedel tuh yang paling tak menyebelahi siapa2 eheheheh.

pye:rudz said...

nasazfrog: samolah kito! pedoman tu!

ad3ck: sang bergedel memang neutral.