Wednesday, June 17, 2009

KABUS

Komando muncung terbang ni memang aku tak gemar. Boleh tahan eksyennya. Aku tiap-tiap hari pasang jerangkap samar tapi ada jugak komando muncung terbang ni yang tersesat. Aku saspek jerangkap aku ni dah tak berapa nak samar. Huii... bahaya dia nih. Jangan buat hal. Boleh maut!

Dia ni lagi satu. Tak habis-habis bawak geng ke hulu ke hilir. Selalu jugak aku nampak diorang ni terhiling-hiling sana-sini entah apa yang dicarinya. Takkan tiap-tiap hari ada pertandingan mencari harta karun kot? Banyak jugak kem-kem diorang ni aku dah kasi kambus. Alih-alih ada pulak kem lain. Ajaib betul.

Yang dia ni memang klasik. Aku rasa aku tak pernah sewenang-wenangnya biarkan sebarang ruang ternganga sesedap rasa kecuali lubang hidung dan lubang telinga aku. Macam mana dia ni boleh lepas masuk dalam pun aku tak tau. Aku saspek dia ni ada hikmat teleporting lah.

***

Di suatu petang yang hingar-bingar. Aku dalam kereta sedang memandu dengan kelajuan siput menuju ke rumah. Banyak budak-budak main kat tengah jalan time nih sambil diperhati oleh bibik masing-masing.

Dan tiba-tiba aku tersengih. Elok sikit dari kerang busuk. Hahaha... padan muka korang. Haa... eksyen lagi, kan dah kena. Ini bukan calang-calang orang, Kementerian Kesihatan yang melakukan pembalasan bagi pihak aku hahaha.



Selamat berkabus aku ucapkan kepada sang nyamuk, semut dan cicak. Jangan datang lagi.

6 comments:

Najwa Aiman said...

Cicak?

artisticklytouch said...

cicak mati ke kena fogging?

*lariiiiiiii foggiiiiiiiiiiiinnnnggg

Kotak Keranda said...

haaa. topik ni wa sker!!
nyamuk: mmg wa benci, byk cara dah cuba. tp dia datang lagi. mopiko pun dah lari, dia tmau dtg lagi. cicak: hahahahah.. semer dah kena 'gam' ngan wa.. memasing melekat kat serangkap jamar wa..
semutz: haiskk!! wa ngan family wa dah kalah ngan mereka ini. dalam fridge pong dorang ley celah bedah. nak wat camner, istana semut betul2 kat tepi bilik org tua wa.
kalu fogging boleh memamphosskan mereka ini, akan ku usulkan kepada kem.kesihatan gak. t.kasih pye:rudz!!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wa tak tahan bau kabus tu...sakit tekak woo...

Pyanhabib said...

nyamuk kena kambus dek kabus? ceh!

pye:rudz said...

najwa aiman: ye, berdasarkan pemerhatian saya, fogging juga berkesan menjauhkan cicak.

artis: menghindar.

kotak keranda: rumah mak mertua gua ada satu musim tu banyak gila semut kat pokok mangga. banyak. sekali tu orang bikin kabus, semua semut mati gugur ke bumi.

toi: lain kali pakai topeng gas beb.

pyanhabib: hahaha betul tu!