Monday, June 1, 2009

SALURAN 122

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan siaran tv satelit berbayar. Alah, yang pakai ceper letak kat bumbung rumah korang tu lah.

Banyaklah saluran pilihan yang dihidangkan kepada pengguna. Kita cuma perlu pilih saja pakej-pakej yang sejoli dengan selera kita. Pastu, bayar jelah tiap-tiap bulan. Bil dia sampai bukan main cepat. Tapi hujan sikit siaran sudah jadi berhabuk. Bayar tetap bayar. Puncanya ialah: Mereka tiada saingan. No rival at all. Monopoli. Jadi, mereka boleh buat sesuka hati mereka kerana mereka tau walau segampang manapun servis mereka, rakyat Malaysia tetap akan melanggan khidmat mereka. Nak ajak boikot? Huh. Godspeed gua ucapkan.

Baru-baru ini aku jadi semakin berbulu. Sebabnya, mereka dah kenselkan saluran 122. Tup-tup keluar pakej baru pulak... saluran 130 katanya. Mengasyikkan katanya lagi. Aku boleh dikatakan minat jugak saluran 122 tu. Ada cerita Melayu, cerita Siam, Filipina dll. Sekali, dah takde.



Sape ada duit banyak dalam gua ke, kat mana-mana ke, tolong buat bisnes tv satelit nih. Barulah ada persaingan sihat yang menguntungkan pengguna macam telcos (Maxis, Celcom, Digi & U Mobile) dok buat sekarang. Berlawan-lawan masing-masing. Yang untung, kitalah!

10 comments:

Najwa Aiman said...

Beta setuju! Sebagai salah seorang peminat mantan saluran 122, wa setuju!!!

Gomen kita ni macam parti Conservative kat UK - kepentingan korporat ialah priority.

Labu-Labi said...

aku dengar itu hari ada satu kompeni nak wat mcm astro jgk..apa citer ntah..baru launch terus lingkup agaknya...sama nasib dgn megatv kot..

pye:rudz said...

najwa aiman: gua tau lu memang benci sama astro bro hahaha...

labu-labi: dia dah jadi megamall kot? tak pun mega sale hahaha...

pearl said...

personally i think they will be no other tv satelite kat malaysia ni other than ASTRO. With more than 50channels sapa boleh kejar.
malaysian dah sinonim dgn ASTRO walau servise sometimes sucks we still subscribe...on average i think most houses in malaysia ada piring leper tu..dulu siap dapat free bila beli proton...

pye:rudz said...

pearl: jom kita main kutu ramai-ramai tubuhkan company tv satelit baru, amacam?

Kotak Keranda said...

yeah..! wa sker main kutu neh. masa kat sek. ren. sri dhandayuthapani dulu, wa dpt tangkap ibu kutu, siap boleh main lumba kutu lagik. wa tak judi dowh, wa main sorang-sorang je sbb wa takda kawan..
errr...MiTV...? aper cer?

pye:rudz said...

mitv dah bungkus beb!

tembakau said...

hahaahaha aku pernah keje kat salah satu channel nama dia ansar channel dlm mitv.
itu pun kompeni yg hutang gaji aku 3 bulan macam TOONASIA skrg. mmg mcm gampangx2.

tembakau said...

p/s ko bayangkan movie channel dia mgm (art gratia artis)apa ada? paling kuat klua john wayne,john wayne dannn john wayne.

ada satu channel tu, tayangkan opera korea!!! bukan soap opera, O_P_E_R_A macam teater dan ada tenor n sopranonya--2 jam...

vincent tan pun kaya. ini mungkin burn duit cigar dia stok setahun je.

pye:rudz said...

tembakau: opera korea? real punya opera? hahaha apekejadah??? hahaha