Friday, June 12, 2009

SETENGAH JAM SAYA DI RESTORAN HAJI TAPAH, BANDAR SERI PUTRA

Kami laki-bini memang ada masalah menu setiap hari. Tiap-tiap hari mesti nak tanya nak makan apa, nak makan kat mana dan ia berulang-ulang setiap hari tanpa jemu. Malam tadi pun sama.

Last-last menu di restoran Hj. Tapah yang menjadi kata putus.

Aku seperti biasa, taksub kepada Nasi Goreng Kampung (NGK: fuh, macam jenama palam pencucuh!) dan Shidah bercadang nak sup daging. Tapi nak sayur lebih. Sup daging ke sup sayur? Sup sayur rencah daging. Hah? Aku cobalah order kalau mamak ni paham.

Seperti lazimnya, rakyat Malaysia memang suka memenuhkan restoran mamak. Termasuklah aku. Apa yang best sangat restoran mamak ni entah.

Aku duduk dan datanglah satu mamak ni amek order. Kita panggil saja dia Gopal sebab aku tak tau nama dia dalam passport. Gopal hari ni nampak sedikit lain. Tidak, kopiah dan misai yang dipakai itu biasa. Aku masih tak perasan apa yang lain pada Gopal hari ini. Tak mengapa dan aku terus order "Bungkus ye, NGK satu, sup sayur-daging satu (Gopal buat muka pelik tapi tulis jugak), sambal belacan satu. Sini minum, teh ais satu".

Di satu sudut, ada pakcik ni dok tengok-tengok aku. Kacak sangatkah aku ni? Aku tengok-tengok dia jugak. Dia memang tidak kacak. Dan aku memang tak kenal dia. Biarkan.

Teh ais aku masih belum kunjung tiba.

Di televisyen, berita mengenai perpindahan Christiano Ronaldo ke Real Madrid dari MU telah disahkan. Gua gelak sambil mengucapkan dalam hati: Selamat menjadi bebal di Real Madrid bersama Kaka.

Teh ais aku masih belum kunjung tiba.

Tiba-tiba Gopal pandang aku. Aku tunjuk isyarat: Air aku mana woi? (dalam mode tanpa suara). Teh ais kan? Teh ais kan? Gopal tanya dua kali. Aku angguk. Gampang betul.

Tiba-tiba baru aku perasan perbezaan Gopal malam ini. Dia pakai t-shirt MU warna merah. Cheh. Patutlah dia sengaja melambatkan teh ais aku. Busuk betul.

***

Di rumah, sambal belacan tidak ada dalam bungkusan makanan tadi. Cinabeng lu Gopal! Mana dia tau aku penyokong Liverpool?

17 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aku blum penah rasa sambal belacan mamak...

Fa-T said...

ahaha... masalah menu masalah utama rumah tangga...

pye:rudz said...

toi: bukan mamak tu yang buat beb, dia ada sub masakan thai pada orang kelantan. jadi, semua menu thai sub-con restoran ni lah yang handle hahaha. mamak makan belacan ke? hahaha

pye:rudz said...

fa-t: rencah kehidupan berumah tangga katanya.

me3n said...

hi. salam kenal. ahahahahah

Anonymous said...

Itu belacan semalam aaa saya tarak kasi pasal anne punya muka pon suda nampa macam itu worang melayu yang perasan matsalleh liwerpoowl! itu worang liwerpoowl aa makan itu belacan ka?? aiyoooo....

Gopal

pye:rudz said...

me3n: fuh blog baru! selamat kembali.

gopal: alah, kau pun apa kurangnya? sah-sah dari india perasan orang manchester, kahkahkah! eh, orang liverpool makan belacan lah, kau tak tau ke gopal? kahkahkah...

Najwa Aiman said...

Ye tak ye... area sana tak de tempat makan yang meriah ke? Kat ne ek? Wa tengah ngidam sengkuang sambal ni... Ada tak?

Kotak Keranda said...

eerr..haji tapah kat melawati tu ada lagi ke? belacan dia power! saper ada resdong jgn cuba kau hampiri.

Labu-Labi said...

aku yg bg tau kat gopal tu...wakakaka!! Caya la gopal..bejaya wat lawak..hehe..

kuchalana said...

gopal..?

Bukan zamri ke nama dia...?

Skng ni smua mamak dah dpt nama zamri... hu2..

Norman said...

Aku pernah pi situ dah 2 kali, sedap gila roti nan dgn tandori dia, 2nd time aku pi, roti nan dia dah lembik, tak garing mcm dulu, awat ha?

Pye, herwin tu jiran dekat ke jiran jauh ngko?

pye:rudz said...

najwa aiman: sengkuang sambal? mana ada orang jual lagi dah kat kolumpo nih. lu carik la sambal merah tu kat pasar, balik rumah buat sendiri beb.

kotak keranda: yang kat melawati tak pasti. port gua hj. tapah taman permata beb.

labu-labi: cheh p. gopalan naidu betullah.

kuchalana: hahaha lawak politik nih.

norman: roti naan dia bergantung pada tukang buat. time kau pegi tu mungkin tukang buat roti masih dalam training hahaha. rumah herwin ialah selang 4 pintu dari rumah aku.

Basuh Baju said...

selamat menjadi bebal? hahaha

penyokonhg liverpool rupanya..kui3

nasazfrog... said...

uhhh tumpang lalu jap haa,, jb ujan lah.. ihihihihh

pye:rudz said...

basuh baju: bebal atau bengap tiada bezanya hahaha

nasazfrog: silakan. jb hujan? oklah tu... kurang sket jerebu.

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.