Tuesday, July 21, 2009

COMBAT

Dia memang dah tak berapa suka nak berbaring melihat siling lagi. Mungkin pemandangan dari posisi sedemikian sudah tak sejoli dengan perkembangan semasanya. Pun begitu, kipas angin masih tetap menjadi pujaan hatinya walau ke rumah mana saja dia pergi. Kipas siling memang dah lali dikajinya tapi kipas berdiri atau kipas meja memang sangat menarik perhatiannya buat masa ini.


Contoh table fan di rumah orang lain.

Terkini, dia pantang dibaringkan. Cargas dia akan flip ke posisi meniarap. Sungguh tangkas tanpa setitik peluh pun dirembeskan. Bukan itu saja, dia kini lebih berobjektif untuk ke sesuatu destinasi. Kelajuan mengesotnya aku umpamakan seperti combat yang mengesot di bawah kawat duri. Laju. Tangkas. Tanpa bunyi.

Punyalah cepat pergerakannya sedar-sedar dah sampai ke destinasi sambil menepuk-nepuk lantai seperti komunikasi Morse Code yang kalau diterjemahkan berbunyi: Hahaha aku dah berjaya sampai ke sini.

***

Hey! Hey! Mikael! Nak pergi ke mana tu?
Cepat betul dia sampai sini. Pantang leka, tau-tau dah sampai dapur.
Kedengaran suara Shidah dan kadang-kadang aku dari dapur.

5 comments:

tembakau said...

tunggu dia boleh lari n lompat nnt bro. +aksi turun naik tangga.tangkap jantung ooo

Labu-Labi said...

betol cakap tembakau tu..tu baru 5 percent je tu...lepas nie berpagar la tangga umah ko tu..nak terlelap kejap pun xdan...heheh..!!

pye:rudz said...

tembakau: itulah, tengok anak-anak buah Shidah pun aku dah pening.

labu-labi: aku ingat nak letak boom gate lah kat tangga tu. nak lalu kena pakai smartag. confirm anak aku tak boleh naik sebab dia takde smartag. hahaha.

n said...

Selamat mengasah kesabaran... eheks...

Najwa Aiman said...

Selamat mengasah kesabaran... eheks...