Wednesday, July 22, 2009

SEMPADAN

Gua gosok gigi pagi tadi, seperti pagi-pagi yang biasa setiap hari. Bini gua pakai Sensodyne atas faktor kesihatan gigi atau mungkin juga terpengaruh dengan iklan di kaca tv atau mungkin juga sebab aku yang cadangkannya suatu masa dulu.

Gua tak berapa gemar rasa campuran flourida dan pudina dalam Sensodyne. Kurang berangin. Rasa macam tak gosok gigi kadang-kadang. Oleh itu gua maju setapak lagi dengan membeli Colgate hijau tiub besar. Yang biru tak best sangat. Gua tau sebab dari kecik dah pakai dan mak gua taknak tukar-tukar walaupun dah ntahapa-hapa jenis yang Colgate keluarkan dewasa ini. Dari kayu sugi, madu propolis, total dan yang bukan-bukan lagi.

Berdasarkan kira-kira mudah dalam kepala gua masa beli Colgate tu di Giant Nilai, darab dengan kekerapan gua menggosok gigi, rasanya tahan setahun. Lagipun, gua guna sorang. Nak harap Mikael, gigi pun belum ada. Gua tanpa lengah terus sambar satu.

Sambil belek-belek harga, titik fokus gua tertumpu pada logo halal Jakim yang bukan main besar Colgate-Palmolive letakkan pada kotak Colgate tu. Pergh. Gua tersenyum macam Steve Martin dalam filem Father of The Bride sambil menunjukkan logo tu pada Shidah.



Colgate-Palmolive akhirnya tunduk pada kehendak rakyat Muslim Malaysia yang taksub atau terlalu bersandarkan kepada logo halal Jakim. Teori gua: Stok kotak dan tiub Colgate lama yang takde logo halal Jakim dah habis barangkali. Tunggu repeat order batch baru untuk print logo halal ni. Macam gampang teori ini.

Terfikirkah kita, satu-satunya benda yang menahan kita daripada meneruskan niat membeli sesuatu barang ialah logo halal Jakim yang terdapat pada produk itu. Kalau takde, kita tak beli. Carik yang ada logo halal. Kita letakkan sempadan sebegini berdasarkan logo yang tertera pada produk itu semata-mata.

Dan terfikirkah kita, setelus mana sebenarnya logo-logo halal Jakim yang dicetak pada produk-produk tersebut? Sahih ke? Kalau DVD pun boleh dicetak rompak, inikan pula logo halal Jakim.
Fuh.


Nota: Sate Bie-Bie Corner dan kedai steak Al-Ansar kat rumah mak gua yang tak paparkan logo halal Jakim tu apa cerita?

10 comments:

Lizzam said...

bro..tengok DVD haram (cetak rompak) tu kira berdosa gak kan?

artisticklytouch said...

owh, dah ada ar logo tuh...iklan dia bukan main berlagak lagi..

Pyanhabib said...

dah gosok gigigigi, tak terasa nak ajak gua pekena teh ke?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hehehe...logo pun boleh kopi n paste bro..

pye:rudz said...

lizzam: eheh. sendiri pikirlah. hah!

artis: itulah pasal.

pyanhabib: terasa, terasa... gua dah tinggal nombor hempong kat blog lu bro. sudi-sudilah.

toi: apelah sangat kan?

Najwa Aiman said...

Kalau bukan logo tu, camne lagi cara nak sahkan ek?

Labu-Labi said...
This comment has been removed by the author.
Labu-Labi said...

bie-bie corner tu ada jual sate eh? aku ingat jual nasi ayam je.. Rasa2 nya dah lebih 20 tahun aku tak makan nasi ayam die..sedap mcm dulu lagi ke eh? Steak al Ansar tu sejak wujud skali pon aku xpenah makan lagi.. org kata sedap..ntah bile aku nak try..

pye:rudz said...

najwa aiman: hahaha that's not the point actually. pointnya ialah: memang itulah cara kita nak tau tapi bukannya tak ada kes logo halal ni disalah guna. dicetak rompak. control measure of public's trust. hah!

labu-labi: ada sate lah bie-bie corner. aku rasa nasik goreng ayam die yang paling champion. al-ansar steak house yang 68 langkah dari rumah mak aku tu seingat aku ada lah 4-5 kali aku pegi seumur hidup aku. itu pun sebab budak opis ajak lepak situ.

Kotak Keranda said...

ha! logo halal ye? boleh beli, boleh print sindri, kasi frame cantek punyer. org2 yg meng'halal'kan tempat ber'halal' tu kengkadang gelap mata gak. pastu tutup jek sbelah mata, hulur surat kompem halal, bagi logo, tampal logo. kita reramai makan sbb tgk itu logo kemain dengan megahnyer digantung di situ.
lagi satu... wa tak brapa sgt tgk logo halal tu, wa lagi sker tgk pengunjung kedai makan. if majority berkopiah atau bertudung/ berpurdah. maka, 'halal' lah tempat itu. insyaallah...