Friday, August 21, 2009

JIMAT

Bulan Ramadhan datang lagi. Setiap petang pasar Ramadhan akan lazim dipenuhi. Tidak kira dipenuhi oleh orang yang malas nak memasak juadah berbuka mahupun yang saja gatal-gatal nak menambah juadah berbuka sedia ada.

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Dalam workshop kau pung-pang-pung-pang bukan main cerita pasal duit kompeni dah kaput. Dan kau timbulkan pulak isu berjimat-cermat. Tiba-tiba kipas angin kat bilik kau berpusing 24jam dari pagi sampai ke petang. Engkaunya entah ke mana.

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Dalam workshop kau pung-pang-pung-pang bukan main cerita pasal duit kompeni dah kaput. Dan kau timbulkan pulak isu berjimat-cermat. Tiba-tiba masa aku buang air (bukan membazir air eh), kat dalam tandas pun kau nak letak air ionizer? Apa ke jadah? Dahlah idea nak letak air ionizer tu pun aku tak setuju. Iyelah, sebab korang dapat sorang satu dalam bilik. Betullah tu, korang je yang perlukan udara bersih, kan? Tapi, isunya ialah benda tu adalah rental-based!

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Oh, baik aku "jimatkan" kemarahan aku. Praktis untuk bulan Ramadhan esok.
Selamat menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa!

6 comments:

Najwa Aiman said...

Kipas angin dalam bilik? Takdak aircon ke?

Anyways...

SéLáMáT MéNGHáYáTí RáMáDáN ál-MúBáRáK
Móhón Ampún Dán Mááf Atás Ségálá Khíláf dán Kétérlánjúrán Séíkhlásnyá...

Labu-Labi said...

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..kurangkan bebelan banyakkan berzikir..semoga amalan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 yang terdahulu...amin..!!

Kotak Keranda said...

Selamat berpuasa pye:rudz & shidah, doakan mak wa sihat ok.
wa masak raya nanti..jgn lak tak nak datang umah wa udah ler..huhuuu..! apa yang penting?! sabar & ikhlas di hari dan bulan ramadhan yang mulia ini. aminnn..

Pyanhabib said...

tinggal 29 hari lagi, RAYA!
(selamat meraikan ramadan yang barakah)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hahaha...lu simpan marah kat rmh..

pye:rudz said...

najwa aiman: nak jimatlah konon... ptuih.

labu-labi: baiklah.

kotak keranda: huh? confirm kena datanglah raya ni nampaknya.

pyanhabib: selamat hari raya in advance.

toi: tak boleh beb, kena campak longkang.

oh ya, selamat berpuasa semua!