Friday, August 28, 2009

MUNGKINKAH?

Malam gelap bersilih cerah
Yakin diri bersilih goyah
Vivaldi tetap masih berlagu
Inspirasi jiwa di dalam kalbu

Sentak lamunan dek realiti
Emosi pantas jadi melankoli

Antara bintang-bintang beribu
Kaulah jua idaman kalbu
Untuk engkau dan juga aku

Dari jauh engkau hadir
Antara senda dan mungkin menyindir
Tapi hati masih berkata
Aku juga insan biasa
Nantikan saja waktu depanku
Galang ganti yang semua terpaku

Mungkinkah?

4 comments:

Najwa Aiman said...

Ada rezeki baru ni... jeng jeng jeng... apa ek?

Kotak Keranda said...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Labu-Labi said...

pergh...lain mcm je puisi nie.. wat sap bro..?!!

pye:rudz said...

najwa aiman: gelumang pemikiran.

kotak keranda: cuti! cuti! cuti!

labu-labi: kau kena tengok betul-betul baru nampak.