Wednesday, August 26, 2009

ANTON EGO

Anton Ego ialah satu karakter dalam filem animasi Ratatouille. Beliau ialah watak seorang pengkritik makanan yang gampang cerewet dan angkuh lagi sombong.


Ini ialah Louis Jouvet inspirasi wajah untuk karakter Anton Ego.

Anton Ego memang eksyen. Tengok hidung dah tau dia eksyen. Belum gaya bercakap dan body language lagi. Itulah karakter beliau seperti yang digambarkan dalam filem Ratatouille.

Tapi yang bagusnya si Anton Ego nih, kalau makanan yang dia test tu bagus maka dia akan kritik bagus. Dan satu Peranchis sudah tahu betapa berpengaruhnya kritikan beliau itu. Taukeh restoran boleh gulung tikar kalau dia kritik tak bagus. Hebat tak hebat lah mamat nih punya penangan. Begitu hebat walaupun dia tak reti menaip menggunakan MS Word dan hanya menggunakan mesin taip lama untuk menaip artikel kritiknya.

Aku rasa Anton Ego membesar dalam suasana yang biasa je sebenarnya. Bukan orang ada-ada atau golongan bangsawan pun. Namun, dia mungkin mempunyai deria rasa yang sangat sensitif dan tinggi standardnya. Dia tahu kelebihannya. Maka sebab itulah dia mampu menjadi pengkritik makanan yang disegani warga Peranchis.

Namun, ada juga aku perhatikan yang cuba menjadi Anton Ego di sekitar tempat aku mencari nafkhah. Tapi ia tidak hanya tertakluk kepada pengkhususan bidang makanan saja malah jenama susu anak dan jenama alat permainan anak pun boleh menentukan kebijaksanaan anak. WTF? Dan aku memang kurang bersetuju dengan perspektif yang mandul sebegitu.

Adakah mereka ini mencadangkan bahawa seseorang anak itu akan lebih pandai atau cemerlang atau bijak atau cepat tangkap atau seumpamanya dengan barangan berjenama dan mahal sahaja? Bagaimana jika kita tidak mampu? Adakah anak kita akan jadi TIDAK pandai atau TIDAK cemerlang atau TIDAK cepat tangkap?

Itu semua ketentuan dan kerja tuhan. Janganlah sesekali bongkak dengan harta dunia lebih-lebih lagi kalau harta itu bukan kau yang punya tapi Ahmad Albab yang punya. Dan janganlah pula dicerca orang yang tak punya kemampuan seperti anda.

Banyak pelajar cemerlang yang membesar dalam persekitaran yang dhaif. Tidak cukupkah itu membuktikan kemandulan fikiran kamu?



Sebusuk-busuk Anton Ego pun, beliau turut melabur untuk restoran Remy (si watak tikus utama) yang diberi nama Ratatouille.

Kamu si kaya yang mandul fikiran melabur apa kepada yang kurang mampu? Caci nista?
Heh.

11 comments:

kuchalana said...

2 kali aku tgk katun tu...

kuchalana said...
This comment has been removed by the author.
Najwa Aiman said...

Huh...? Ekekekekeke... Moyang dia dulu minum susu jenama haper ek?

mamabio said...

macam T-bag je mamat louis ni.. ehehee.. siap ada gmbar dgn gaya isap rokok tu. hihihii..

pye:rudz said...

kuchalana: aku pun minat cerita nih.

najwa aiman: kalau ikut logik akal, susu cap gantung lah kan?

mamabio: gaya rambut memang dah sama dah dengan T-Bag.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

dia leh komen rasa asap rokok tak...mau terbalik kilang surya beb!

Anonymous said...

haha
cite ni anak buah aku pasang ari2 cite pasal si tikus nih
dia panggil cite masak2..
umo br 3 taun

-adem-

pye:rudz said...

toi: hahaha mau mati semput si anton ego ni hisap surya!

adem: aku pun minat filem nih ;)

rena said...

itu dah bukan anton ego.. tapi antoo..

selamat puasa utk kamu sefamily

pye:rudz said...

rena: antoo fighter ke? hahaha. selamat berpuasa kembali.

Kotak Keranda said...

manusia.. miskin..kaya..semuaa.. takda beza..[lagu p.ramlee..eh btol ke lirik wa? ]