Friday, September 18, 2009

5KG

Saya ada dua kisah pendek berkaitan 5kg.

Kisah 1

5kg ialah jumlah berat yang berjaya saya lupuskan dari badan ini sempena Ramadhan tahun ini.

Seluar-seluar kerja saya juga turut merasa kesannya apabila saya terpaksa ketatkan tali pinggang. Wow! Ya, wow! Dan tidak, saya tidak buat sebarang senaman di gimnasium. Semuanya natural. Kehebatan berpuasa.

Oh ya, jangan cuba potong stim dengan bertanyakan berat badan saya selepas pagi raya nanti. Nafsu makan amat sukar dikekang pada waktu itu.


Kisah 2

5kg ialah jumlah beban yang mesin basuh saya boleh muatkan pada satu-satu masa.

Malam tadi sebelum tidur saya teringin nak basuh segerombolan tuala. Takut tak sempat hari ni. Termasuklah tuala yang sedang saya pakai. Tapi saya nak berak dulu. Saya kalau nak berak memang pakai tuala. Lepas berak boleh start mesin.

Tapi lepas berak saya terus start mesin. Solat Isyak. Lepas solat saya terperasan yang saya menyalin kain pelikat dengan tuala semula. Damn! Mesin dah jalan! Tiba-tiba saya teringat kebolehan istimewa mesin basuh saya iaitu: Fungsi tambah pakaian (add clothes). Pantas saya salin seluar pendek tidur dan tekan butang istimewa itu. Wah! Betul berhentilah! Saya campak tuala tadi masuk mesin basuh, kunci pintu dan naik tidur. Ya, mesin basuh saya terletak di luar (belakang) rumah.

Anggaran jumlah keseluruhan tuala yang dicuci malam tadi ialah sekitar 5kg. Agaknya lah.

Untuk makluman, kalau dua-dua kisah pendek ini tidak berapa relevan dengan tajuk entri pun, saya peduli apa? Sebab kebanyakan orang dah mula bercuti raya hari ini. Termasuklah Guru Besar SRK(2) Taman Keramat.


Nota: Saya tesenyum dan tersengih membaca ini pagi ini.

7 comments:

ziah said...

macam2 pesen berak yah? abu kalau berak mesti mau tutup kepala pakai tuala.
heh...

Najwan Aiman said...

Tutup kepala semsa berak ialah sunnah. Kalau tak ada tuala, guna spender pun tak apa.. Beta pun buat gitu haper.. ekekeke... aiyaaarrrkkk...!!!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raya bro....bila mau tambah?

pye:rudz said...

ziah: benar kata najwa aiman, tutup kepala masa berak itu sunnah.

najwa aiman: itu betul darurat tu beb. tapi ia hanya sunnah. perlu ke sampai begitu sekali?

toi: siol la soalan lu. eheh.

Labu-Labi said...

banyak tu 5kg..11 paun sterling!! ko tgk rancangan the biggest looser ka?! Anyway tahun nie nk wat rombongan lg tak? ape2 hal leh roger!!

Fa-T said...

Salam Hari Raya Seberat 5 KG!!!!

pye:rudz said...

labu-labi: kau tak nampak hidung aku tengah kembang-kempis nih? hahaha

fa-t: berat tuh... selamat hari raya kembali.