Thursday, September 17, 2009

PICISAN (BERNOMBOR)

1. Kenapa nak suruh Dr. M pakai kalung selipar? Tak kelakar langsung.

2. Jangan membazir dan kita kena ubah cara hidup sempena zaman gawat ni. Jom masuk F1.

3. Rasul konon, mana mukjizatnya? Mana ada Rasul Allah lagi selepas Nabi Muhammad SAW? Itu pun ada jugak yang bengap boleh jadi pengikut. Ini memang jenis bengap yang tahap nih.

4. Itu PM betul-betul mau repair Puduraya lah. Dua kali sudah melawat. Datang naik LRT. Beratur beli tiket bas dan naik bas balik Pekan bersama rakyat marhain je belum lagi hehehe. Cubalah.

5. Ingat kitorang heran sangat dengan Tarian Pendet korang tu? Ambiklah. Ambiklah dengan yang pendatang-pendatang (haram) ni sekali. Sweeping Malaysian konon. Buluh runcing konon.

6. Game Arsenal vs. Man City minggu lepas memang kelakar. Terbayang-bayang aku muka si Pipiyapong hahaha.



7. Elie Yousseff ni kalau aku dapat hentak kepala dia kat dinding sedap jugak. Suka-suka tak mengaku dah kawin, ada anak pastu tiba-tiba dah Kristian.

8. Ada pilihanraya (kecil) baru nak buat-buat tolong orang kampung. Tiba-tiba ada emak angkatlah, tolong repair bot nelayan lah, makan bersila atas lantai lah. Geli betul.



9. Kalau perang dan korupsi tak sudah-sudah, gua cadang nak pindah planet yang diorang baru jumpa nih dengan family gua. Panas sikit takpelah, nanti gua pasanglah air-cond pelan-pelan.

10. Iklan raya lama Petronas yang dia asingkan bapak dia dari makan sekali satu meja sebab bapak dia selalu jatuhkan pinggan ke lantai memang sungguh menyentuh hati. Sama jugak dengan iklan yang si anak bagi "invois" pada bapaknya dan juga iklan burung apa? Agaknya memang natijah bapak ni kurang disayangi berbanding emak agaknya eh?

8 comments:

kookabooras said...

bro, ko cekidaut ni link bwh ni:


http://www.lordelieyoussefnajem.com/biography.html


mamat ellie ni memang saiko giler kalau ko baca.

biasa ja said...

bab rasul tu mmg tak leh nak terima..
leh dia kata ibadah haji hanya propa kerajaan arab saudi nak buat untung..
bagi arr logik skit kalau nak mnipu pon!!~~

haha!!~~

Najwa Aiman said...

Part tak mengaku dah kawin tu bukan Ellie Yousseff aje yg buat la bro...

artisticklytouch said...

marah ar nak gantung selipar, cuba gantung crocs ke..

nak repair puduraya? ish, tak payahlah, dah ok tu

btol3x...amek balik semuanya

artisticklytouch said...

marah ar nak gantung selipar, cuba gantung crocs ke..

nak repair puduraya? ish, tak payahlah, dah ok tu

btol3x...amek balik semuanya

pye:rudz said...

kookabooras: dah check dulu sebelum aku buat entri ni dah.

biasa ja: mamat tu dah memang sesat lah. masalahnya yang mengikut tu pun...

najwa aiman: tengah dalam court kes dia nih. dah keluar paper satu malaysia dia kawin dengan budak melayu nih, siap dah ada anak lagi. sekarang dalam court dan-dan tak mengaku.

artis: projek puduraya terbengkalai aku ingat dari zaman aku turun-naik puduraya dari jb-kl punya cerita. lemau.

Fa-T said...

Ahaha... Sinis.....

pye:rudz said...

fa-t: dengan sengajanya.