Thursday, September 3, 2009

KEBOLEHAN

Kita semua ada kebolehan. Potensi kebolehan kita masing-masing pula adalah pelbagai. Ada yang berjaya mengeksploit potensi kebolehan mereka ke tahap optimum lantas mewujudkan kepuasan diri. Tidak kurang juga yang berjaya dan cemerlang dalam hidup melalui modus operandi eksploitasi yang sama. Sekali lagi, ia berbeza-beza antara individu.

Ada juga yang berkebolehan dan berpotensi namun kepuasan dan kejayaan tidak pula menyebelahi mereka. Nasib tidak baik? Mungkin. Tiada peluang menunjukkan kebolehan? Mungkin juga. Nasib dan peluang dilihat sebagai satu medium alasan. Ini pandangan peribadi saya. Walaupun kadangkala ia adalah alasan yang terbaik dan paling tepat.

Elemen-elemen luar kadangkala (dan mungkin kerapkala) boleh membantutkan kebolehan dan potensi seseorang. Itu sebenarnya bergantung kepada cara bagaimana seseorang itu menangani gangguan elemen luar tersebut.

Yang paling penting sebenarnya ialah semangat dan keinginan yang datang dari dalam diri. Tekad. Kejayaan tidak datang bergolek. Biasanya ia datang secara terhoyong-hayang, melantun-lantun, melompat kijang dan mungkin juga dengan gear satu sepanjang zaman.

Kebolehan saya: Makan semangkuk Har Mee (Hao Liao) dalam masa kurang daripada 4 minit.

11 comments:

artisticklytouch said...

ini baru Hao Liao!!!

kookabooras said...

memetik skrip director kemat hassan dlm Seniman Bujang Lapok: "ini bukan kuat, ini gelojoh!"

kookabooras said...
This comment has been removed by the author.
Fa-T said...

impotent-cy....

Najwa Aiman said...

Boliau sungguh cerita pasal makan Hao Liao sebelum waktu berbuka nih... buat terkenang-kenagn jek... cet! Ekekekekekekee... Adoi laaa... Sejam lebih je lagi nak iftar nih!

tembakau said...

kat mana hhar mee tu, bro? mmmm...

GAFARO said...

hahalal ke?

:b

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

lu tlh memaksimakan kebolehan lu dgn mengumpul bahan utk lu ceritakan...

har mee..? mai semangkuk....

shippo_yaya said...

har-mee??suka makan maggi ya?tak baik untuk otak n kesihatan taw..:p

shippo_yaya said...

har-mee??suka makan maggi ya?tak baik untuk otak n kesihatan taw..:p

pye:rudz said...

artis: ya betul!!

kookabooras: changkol pon changkol lah.

fa-t: huish. mintak jauh.

najwa aiman: hahaha takkan goyang kot? kehkehkeh...

tembakau: emm... burp! ntah? mana ntah?

gafaro: insyaallah menurut logo halal yang tertera pada paketnya.

toi: memang layan, kan? gua baru dapat sukatan air yang tepat untuk rasa yang memuaskan nafsu makan.

shippo: gile ke tak suka mee segera? sekali-sekala apa salahnya kan?