Friday, September 4, 2009

RM21

Ini babak kisah benar.

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Hah, untuk berapa orang punya nih?

Sorang je (jawab dengan gaya malu alah).

Hish... macam mana sorang je lagi nih? Bila nak berdua?

Heheheh nantilah insyaallah tahun depan berdua.


*****


Ini juga babak kisah benar.

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Hah, untuk berapa orang punya nih?

Dua orang (jawab dengan gaya hidung sedikit kembang).

Alhamdulillah... hah, bila nak bertiga pulak?

E'eleh pakcik nih (dalam hati nurani je lah). Nantilah insyallah kalau ada rezeki ada lah. Gua memang cenderung untuk jadi berbulu dengan soalan-soalan sebegitu pada waktu itu. Takpe.


*****


Ini babak yang gua forecast untuk tahun ini.

Assalamualaikum.

Waalaikumussalam. Hah, untuk berapa orang punya nih?

Tiga orang (jawab dengan gaya hidung kembang-kempis).

Alhamdulillah... bila nak tambah lagi?

Jawapan yang gua dah standby: Tengoklah, bila senang nanti saya tambahlah. Yang pakcik pulak bila nak tambah cawangan? (ambik kau sebijik, sibuk sangat).

Gua harap dia tak tempeleng gua kat situ sebab kaedah menjawab gua yang agak shuffle untuk warga emas. Hahaha taklah, takkan gua sebegitu gampang nak berbuat sedemikian, kan?



Gua cadang nak settlekan hari ni hal-ehwal zakat fitrah nih. Takut terlupa. Tahun lepas nyaris aku tak bayar sebab leka punya hal. Makanya, tak dapatlah aku jumpa Amil (pemungut zakat) yang suka tanya aku soalan seperti yang tertera di atas tu tahun ni. Next time pakcik.

Selamat membayar zakat saya ucapkan kepada yang terbabit.

18 comments:

Fa-T said...

fardu.. bayor...

GAFARO said...

jangan bertangguh wooo..

buruk padahnye..

ngeri ngeri

artisticklytouch said...

bayar je kat amil lain..

Najwa Aiman said...

Bayar zakat sampai kaya.

"Bila nak tambah lagi?"

"Ni datang nak minta tambah le ni."

pye:rudz said...

fa-t: setuju benar.

gafaro: kalau termiss bayarlah fidyah.

artis: itulah yang mungkin berlaku hari ini.

najwa aiman: heheheh macam kisah benar je bunyinya.

nota: tadi gua nak bayar zakat kat masjid kolej gua. amil takde, kaunter pun takde. apa barang? tanya geng, dia kata amil masuk hospital sakit jantung. erk! fuh, kebarangkalian aku akan jumpa amil yang sama tahun lepas amat tinggilah nampaknya. godspeed.

shippo_yaya said...

hahaha...kamu ni lucu sgt taw...agak kelakar jawapan tu...n kureng jugak lah...hahahaha...saya suker dgn jwpn kamu....

moral of the true story-->mind your own business...hehe...saya sudah tukar link taw...sayageram.blogspot.com

Labu-Labi said...

bayor le kat mukim yang kita tinggal..lebih afdhal..hehe.. bertiga dah ek..meriah la raya tahun nie..collect duit..!

Anonymous said...

sekali pakcik tu bagi balik kat ko, "pakcik dah cukup 4 orang bini and 32 anak.. setiap bini ada 8 anak". apa ko nak jawab?

btw, raya tahun ni konvoi lagi ok?? gi umah syah dan lain-lain.

MFN

kuchalana said...

selangor tahun ni rm7 ko..

pye:rudz said...

shippo: terima kasih.

labu-labi: itulah dia. pejam-celik kejap je.

mfn: tak, bini dia baru sorang, aku confirm.

kuchalana: aku tak kisah, janji sampai kepada yang sepatutnya dapat.

shippo_yaya said...

sajer jalan2 kat sini...singgah jap kat kamu nyer blog...:p...

tembakau said...

boleh buat iklan raya tahun depan. copyright protected. duit zakat tu boleh pusing balik kat kita.

Anonymous said...

hahah weh apai ko still kontek 'Pendi Kude' ke, dia dok kg baru lg ker???

-adem-
admsync@yahoo.com.my

pye:rudz said...

yaya: kamu suka jalan-jalan ye?

tembakau: bagus jugak cadangan mike tu.

adem: aku contact fendi dalam fesbuk je. apa cerita kau skarang? dah kurus?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

bila nak tambah lagi?

bila lg lu senang nak tambah?

senang2 tambah la....heehehe

jiah said...

perkara biasa... lepas ko tambah lagi satu, next soalan; bila nak bagi adik lelaki/perempuan kat diorang? ---> biasanya kalau anak 1 & 2 sama gender.

pye:rudz said...

toi: mencabar betul soalan kau nih. macam latih tubi.

jiah: eheh, macam biasa kena je... hahaha.

IS said...

Thn ni kitorang pun tambah sorang lagi 7 X 5. Dulu berdua skrg berlima, cam tak caya jerk. Kikiki.