Wednesday, September 9, 2009

MASALAH

"Kita hidup ni mesti ada problem Ali..."
-kata Jins Shamsuddin kepada Azmil Mustapha dalam filem Ali Setan

Dulu masa kecik-kecik aku tengok cerita ni memang aku tak ambik pusing langsung dialognya. Sekarang bila aku ingat balik, memang betul pun hidup kita ni mesti ada problem. Kalau tak bukan hidup namanya, kan?

Dalam erti kata lain, tidak boleh tidak, dalam menjalani kehidupan kita ni, pasti kita akan berjumpa dengan Encik/Cik Masalah. Macam-macam jenis masalah ada. Dari sekecik-kecik hingga sebesar-besar masalah. Ada yang melibatkan orang lain atau mungkin kita sorang-sorang je.

Apa? Tak reti masak nasik cara manual (tanak atas dapur) pun boleh jadi masalah kepada sesetengah orang weh.

Dulu masa kecik masalah nak kasut raya idaman kalbu tapi dapat yang idaman kelabu. Nak duit raya banyak-banyak. Nak makan Kam-Kam tiap-tiap hari. Nak mandi sungai tiap-tiap hari. Taknak pegi sekolah tiap-tiap hari. Nak permainan terkini tiap-tiap hari.
Aahh... macam-macam lagilah yang mengarut. Budak-budak katanya...

Sekarang dah besar lain pulak masalahnya. Masalah rambut lambat nak tumbuh, jambang cepat tumbuh, duit manjang tak cukup, nak servis kereta takde masa, harga petrol manjang naik, harga tol manjang naik, gaji tak naik-naik.
Aahh... macam-macam lagilah yang mengarut. Dah dewasa katanya...

Esok dah tua nak pencen ntah apa pulak masalah kehidupan kita, kan? Tapi yang pasti kita tak boleh mengalah. Takde ujian yang diturunkan kepada kita yang tidak dapat kita hadapi, kata Tuhan. Jadinya, semua ujian/masalah yang kita hadapi tu dah difilter dan disahkan bahawa kita akan mampu mengatasinya, insyaallah. Kita cuma perlu gunakan akal dan tawakkal.

Tapi hingga ke hari ini gua masih belum dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah Rubik cube gua nih.

11 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

benda senang je tu...satu side ko cat kuning,cat merah satu lagi side,cat biru,hijau dan warna seterusnya berasingan sisi.

jangan pening pening,selesai masalah

FIR said...

Kan best kalau semua benda ada reboot button, selesai byk masalah kerja aku sekarang ni :-P. Byk masalah tu sendiri yang cari, LOL.

Mata Hari said...

salam tuan rumah..

buang je cube tu kat sungai...hilang masalah.senang criter.tak payah susah2 nak pikir... ;)

Fa-T said...

belajo gune video dalam internet... lagi senang... nak buat step 1-2.. ke pe ke... hilang masalah tapi masalah nak mencari video tu pulak...

pye:rudz said...

gafaro: itu ngelat namanya.

fir: jangankan nkau, aku pun turut gembira kalau ada such button.

matahari: sayang mau buang woo... mahal.

fa-t: member aku pun cadangkan benda yang sama tapi aku rasa aku akan ikut je pamplet yang aku dapat masa beli cube ni.

zazaez said...

Dia ada bagi pamphlet sekali ke sekarang? Wah! Hehe. Tak pernah tau pun sebenarnya sebab tak pernah beli. Selalu curi je.. ;)

me3n said...

Penyelesaian: Cari tutorial menyelesaikan Rubik Cube.

Labu-Labi said...

sepanjang ingatan aku la..xpenah skali pun aku main natang nie dpt buat complete..sengal betul..siap cabut sticker kaler tu lagi kasi tampal kasi sama..keh2!!

Yaya Abu Bakar said...

bf sayer pernah ajar teknik nak main cube tuh....kwnnyer bley wat lam maser 3mins jer...wuwu...amaze btol..tapi sayer sampai skang xbley...siap campak cube tuh ke dinding...baru lega!hehe....

if life xder masalah xsyok...probs mengajar kiter jadi matang...give us good n bad lessons...depends on which angle u look at it..:p

Yaya Abu Bakar said...

bf sayer pernah ajar teknik nak main cube tuh....kwnnyer bley wat lam maser 3mins jer...wuwu...amaze btol..tapi sayer sampai skang xbley...siap campak cube tuh ke dinding...baru lega!hehe....

if life xder masalah xsyok...probs mengajar kiter jadi matang...give us good n bad lessons...depends on which angle u look at it..:p

pye:rudz said...

zazaez: haah, hanya di toys r us. ehhee...

ad3ck: nanti aku usha line sket.

labu-labi: itu taktik bacin tu... tapi kalau fed-up dah tahap, boleh jugak digunakan.

yaya: marahkan encik rubik, cube nya yang dibaling. inilah dia.