Thursday, September 10, 2009

PEKENA

Ahhh... hujung minggu hampir kembali. Cepat betul rasa bulan puasa tahun ni. Alih-alih tau-tau dah nak raya dah. Huish. Brader Pyanhabib mesti gumbira tak terkata nih sebab dia dah buat countdown raya dari first day puasa lagi heheheh.

Kitorang laki bini memang dah lama betul tak pekena kopi kat satu kedai kopi nih. Dulu hampir tiap-tiap hari kami melangut kat Great Eastern Mall, Jalan Ampang pekena kopi dulu seround lepas balik kerja sebelum sampai rumah. Itu ari stop kejap sebab Shidah mengandung. Lepas bersalin pun agak lama jugak tak pekena.

Kebetulan kawan-kawan yang kitorang suka yang kerja kat outlet tu pun dah ramai yang takde sebab kena transfer lah, berenti lah, sambung belajar lah dan macam-mcam lagilah. Makanya, kitorang pun agak kurang rajinlah nak melepak kat situ.

Tapi weekend lepas kitorang teringin nak ke situ. Selalu berdua, sekarang dengan Mikael. Dan salah seorang kawan yang kitorang suka yang kerja kat outlet tu pun dah kembali dari outlet Kerteh. Nama dia Muha. Nak jumpa Muha sekadar alasan je. Yang sebenarnya nak testing bawak anak melepak kat kedai kopi. Macam mana rasanya.

Kitorang duduk dalam. Persona non-grata... eh, non-smoking area. Nak isap rokok, gua kena pegi luar. Takpelah. Janji dapat minum kopi sedap dan hisap rokok. Best.

Rupanya si Muha takde malam tu. Datuk dia meninggal (al-fatihah). Tak dapatlah kitorang berjumpa dan berbual malam tu. Takpelah. Next time babeh. Ntah bila.


Si Mikael tak banyak hal. Cuma dia kekal dengan tabiat lazim beliau jika dipakaikan kasut dan didudukkan dalam strollernya. Ya, dia akan bukak dan masukkan kasutnya ke dalam mulut. Sambil gigit-gigit. Ntah apa yang sedap sangat kasut tu ntah? Ada perisa laici barangkali.

11 comments:

tembakau said...

kasut croc mmg sdap makan. ehehe nak2 kalau apaknya minat kasut croc...

kuchalana said...

kopi? adeh.. gatal tekak beb

pye:rudz said...

tembakau: tak kuasa la heh aku nak belikan crocs kalau kaki sebesar tapak tangan aku tak sampai. lagho. kihkihkih.

kuchalana: mai secawannn... hahaha

sevven said...

Nasib baik lah aku tak sangkut perangai nak pekena kopi ni...

Najwa Aiman said...

Kopi apa ni? Starbucks ek? Tu kopi mahal... ekekekekeke...

pye:rudz said...

sevven: good for you!

najwa aiman: sekarang sekali-sekala je beb. manjakan diri, layan nafsu...

Labu-Labi said...

pergh..mikael nie tenung xpuas hati le tu..sok dah pandai mintak macam2 ko tgk le ada syok ka tadak syok lepak itu kedai kopee..!!

shippo_yaya said...

kiter taw naper mikael tuh suker sgt geget kasut tuh...geget kasut 2 kan petua utk kasut yg baru beli...kasut baru beli perlu digigit klo x nnty kaki kiter melecet or sakit...sayer xcayer pon tapi selalu wat mcm tuh...hehe...

shippo_yaya said...

mikael ni sgt cute...n so fotogenik..hikhik...

FIR said...

Lama tak pekena Starbucks ni sejak balik dr US. Rindu pulak caramel frappucino :-)

pye:rudz said...

labu-labi: sebab tu aku pegi time dia besar nih. dia tak tau nak order apa-apa... hahaha

yaya: iye tak iye jugak eh? pernah dengar jugak petua bidaah gigit kasut tu. taklah, dia memang suka gigit barang sekarang termasuklah tangan mak bapak dia.

fir: hah! aku dah tau kenapa kau masih basah lenjun walaupun berpayung kat pasar ramadhan itu ari hahaha.