Wednesday, September 16, 2009

TUPAI & ULAR

Entah kenapa tidak berkenan benar dia dengan si ular tu. Ada saja sisi ular tu yang tidak kena dengannya. Macam saja carik pasal pun iye jugak.

Kalau ikut sejarah memanglah ular tu tak senonoh perangainya. Suka makan ayam, patuk orang, makan anak lembu, makan telur, patuk tupai dan macam-macam lagilah. Pernah ada satu kes kat oversea, ular makan babi. Pergh.



Tapi tupai ni tak berkenan kat si ular ni sebab dia suka menipu. Itu ari ular kata tupai sangat kacak, tapi esoknya dia kata tupai curik makan pisang kat kebun Pak Abu. Apa benda nih? Shuffle betul. Padahal tupai hanya kacak dan dia tidak curik makan pisang di kebun Pak Abu.

Lagi satu yang tupai tak berapa berkenan tentang ular ni ialah, dia suka betul curik tulang. Yelah, kekadang hutan rimba ni pun perlu buat gotong-royong jugak kan? Yang si ular ni suka betul mengelat. Orang dah bahagi-bahagikan tugas masing-masing tu, buatlah. Yang tak tahan tu ada AJK bagi kebenaran (mengelat) pulak tu. Gampang betul.

Sudah natijah ular, carik makan bila lapar. Bila dah kenyang tido dan bangun bila dah lapar balik. Yang si ular ni pulak kalau bosan tido, buat-buat sibuk kat tempat orang. Suka terhiling-hiling sana-sini. Proaktif dan sibuklah konon. Padahal mempamerkan lakonan saja.

Yang lagi satu si tupai ni tak paham, dalam pada itu ada jugak warga rimba yang dengar cakap ular ni. Memang pandai cakap ular nih. Tapi sebenarnya si tupai syak yang ular ni ada ilmu songsang. Iyelah, macam mana AJK warga rimba boleh dengar/layan cakap si ular ni? Nak-nak lagi raja rimba dan AJK penyiaran rimba. Walhal si ular ni ahli rimba biasa je. Mistirius sungguh.

Entah kenapa tidak berkenan benar dia dengan si ular tu.

6 comments:

Pyanhabib said...

kaliel appam nageli male nagelum
karipapuley marukku pappedum!
hepi hari raya!

tembakau said...

ular dalam seluar

Najwa Aiman said...

Dalam hutan kat tempt lu tu ada tiga spesis haiwan je rupa-rupanya - tupai, ular dan lembu. Tupai ada sekor, ular ada sekor, yang lain semua lembu... ekekekekeke... aiyaaarrrkkk...!!!

kuchalana said...

ular..? Tupai..?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

len mcm benar citer ular tu ye...hehehe...

pye:rudz said...

pyanhabib: fih, macam rajnikandh! ehhee...

tembakau: yang itu takpe. hahaha.

najwa aiman: hutan ini sungguh istimewa. well, that's they've been saying all along.

kuchalana: metafora bro, metafora.

toi: kau belum tengok lagi ularnya... hitam berkilat dan kadang-kadang ada line adidas hahaha.