Wednesday, October 14, 2009

APA KHABAR

Bunyi gong Cina. SMS masuk. Gua semak.
Apa khabar? Lama tak dengar cerita. Apa cerita?
Kamarul rupanya. Lama gila tak jumpa, ingat dah jadi Presiden Zimbabwe.

Gua balas SMS Kamarul.
Baik. Alhamdulillah. Aku ok.

Bunyi gong Cina. SMS masuk. Gua semak.
Jom lepak minum-minum malam ni.

Gua balas SMS Kamarul.
Haji Tapah Taman Permata 10mlm belah kedai Senheng.

Bunyi gong Cina. SMS masuk. Gua semak.
Ok.

***

Ini agaknya Kamarul. Muka masih sama macam dulu, tak hensem. Badan ada sikit out tune terutama bahagian abdomen. Tapi dressing dah macam manager Jusco Alpha Angle dah aku tengok. Kalau iye pun tanggallah dulu tali leher tu. Malaysia ni panas bang. Baru balik ofis barangkali dia ni.

Hello my friend... long time no see (sambil kami bersalam).

Sambil Kamarul letak satu beg hitam atas kerusi kosong. Gua syak beg laptop. Berkerjaya hebat dan berpendapatan besar Kamarul ni barangkali.

Apa cerita Pye?

Biasa je lah, makan gaji, dapat gaji, bayar hutang, bayar bil api, bil astro, beli susu anak, beli pampers dan lain-lain.

Kau nak income lebih? (kata Kamarul sambil membuka clear folder berisi katalog barangan dari beg hitamnya)

***

Mamak dan pelanggan berhampiran kat Haji Tapah semua tercengang tak tau nak buat apa. Gua usya diorang dengan pandangan paling tajam umpama helang sambil berjalan ke arah kereta gua yang sebenarnya hensem tapi dah tak hensem sebab lama tak mandi.

Di depan kedai Senheng kelihatan 1 meja lipat dan 2 kerusi dah terbalik. Kamarul tersandar pada shutter kedai Senheng dalam keadaan terduduk atas lantai sambil memegang mata kirinya. Lebam barangkali.



Lain kali jangan cuba nak ajak aku lepak minum kalau berhajat nak bukak cerita MLM.

16 comments:

Lynn said...

you go, dude!

FIR said...

Kau biar betul... ganasnya :-P

sevven said...

Kalau betul, respek!

shippo_yaya said...

kiter pon pernah terkena cam ni..hesh...hangen 1 badan,,hahah.....yaya tertipu mak!

tembakau said...

takat long tome no see, dah agak apa out come-tapi sebabkan tony jaa, aku bagi markah bonus!!!!hahaahahah

raddy said...

Hahahaha... terkena gak ko, barang apa yg dia jual? aku dah study & simpan sket taktik2 orang MLM ni.. so buleh agak la sket2 bila diorang nak pancing 'prospek' katanya...hehehe.. tapi kekadang bila off guard, terkena gak..

MLM = make little money, lost many friends.. :P

Labu-Labi said...

wah...lawak gile...betul ke ko sebat mamat tu..huhu...keluar metro esok nie...kah2!!

Fa-T said...

yang last paragraph tu... imaginasi???

pye:rudz said...

tuan-tuan & puan-puan:
saya ialah penulis "weblog berimaginasi tinggi". tak semuanya kisah benar hahaha. oh ya, ini salah satu dari imaginasi saya ;)
kehkehkeh... jangan marah haaa...

adsumabsum said...

Sian si Kamarul telah di 'Ong Bak'kan si Pyerudz.But then again, I HATE that too.Kalau kengkawan buat cenggitu, ade gak chance nak 'X' deyrang kan, tapi kalau dah family?!Pergi visiting jer, dah bukak citer nak buat extra income, sikit-sikit duit duit duit duit and suruh kita beli produk dia lah..jadi downline dia lah....dah lah pakai sentiment 'tolong family sendiri'...LIKE HELLO?!

Some of my relatives peminatmaut KOMPENI SEMUT ni.Benda-benda camnilah melemahkan semangat gua nak pergi melawat ahli keluarga.Why lah T_T

kookabooras said...

weh, aku nak jual nikon D60 aku. aku beli bulan 6 tahun lepas. harga Rm1700 nego. mau? err... salah hari ke aku iklan kan ni?

Najwa Aiman said...

Lorrr... ingat ke betul tadi. Kalau betul maknanya ilmu Alang dah diperturunkan tuh! Ekekekekeke...

p/s: Tau tak ilmu apa?

pye:rudz said...

kookabooras: gua tak minat (+takde fulus).

najwa aiman: heh, tuhan je tau how i wish i won't inherit it. gua nak ilmu sabar arwah tok je ;)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

wakakaka...nasib baik tak msk terus dlm Giant tmn permata tu...

pye:rudz said...

toi: huish, itu kuat sangat tu. aku masih belum terdedah kepada sinaran gamma yang melampau lagi hahaha.

GAFARO said...

ari tu ade gak mamat mlm dekati gua...

gua sound gua panas baran...

haha dia kensel cita....