Tuesday, October 13, 2009

SELFISH



Selfish ialah sikap pentingkan diri sendiri. Bukan jual ikan. Ia adalah sejenis sikap yang tersangatlah busuk dan lazimnya menyusahkan orang malahan menyakitkan hati. Ini pengalaman-pengalaman saya:

Kita bukan main menunggu satu kenderaan ni kat simpang sebelum membelok. Demi keselamatan dia dan kita. Saling menghormati di jalanraya katanya. Tiba-tiba dah dekat, dia belok. Lagi best, dah masuk simpang baru dia bagi signal. Kepala pituk dia.

Sewaktu solat berjemaah, kita perlu rapat dan luruskan saf. Kita di saf hujung. Masih ada ruang untuk sorang lagi jemaah masuk saf sebelah kita. Kita pun bukan main jaga bukaan kaki kita supaya tidak menimbulkan rasa kurang selesa kepada jemaah sebelah yang akan masuk saf tu nanti. Tak alih-alih dia masuk sebelah lepas tu nak bukak kaki seluas-luasnya lantas mengganggu khusyu' kita. Besar sangat ke anunya sampai kena mengangkang sebegitu luas?

Tolong tinggalkan jamban awam seperti mana anda hendak sewaktu anda memasuki jamban itu tadi. Kebersihan. Kalau ada sepalit taik yang terlekat lepas anda selesai menyembur tadi, siramlah sikit, lepas tu flush lah balik. Payah sangat ke? Tak berpeluh pun.

Kita membeli-belah di sebuah hypermarket dengan troli barang yang gedegang besar dan stroller anak kecil kita. Lorong rak barang di design supaya troli barang boleh berselisih, malah ada sikit lebihan ruang lagi. Cukup selesa pada hemat saya. Tiba-tiba satu makcik ni langgar je kita dengan bakul di tangannya sewaktu kita membelek barang yang nak dibeli di rak. Maaf terlanggar? Kirim salam. Bukanlah ndak sangat, tapi cuba kalau kita yang buat macam tu kat dia, pantas kita di cap kurang ajar dan tak hormat orang lebih tua. Saya syak dia adalah bekas pemain American Football masa di universiti di US dulu.

Iklim ekonomi 2009 kurang memberangsangkan maka tiada kenaikan gaji apatah lagi bonus untuk tahun ini. Ini semua dah dijangka malah tak memeranjatkan pun. Cadangan penyelesaian: Tarik sikit (korbankan) benefit pekerja untuk menjimatkan kos operasi. Perdebatan: Sanggupkah mereka mengorbankan benefit mereka seperti elaun kenderaan, elaun pengurusan, elaun telefon dan elaun rumah terlebih dahulu sebelum mengorbankan benefit para pekerja yang berpendapatan jauh lebih rendah daripada mereka. Dahlah gaji mereka sedia besar, dapat elaun itu-ini lagi. Bila nak downsizing, kita pulak yang jadi mangsa dulu. Ini undang-undang mau kasi mampos. Buat masa ini mereka belum berani mengumumkan apa-apa.

Ada pengalaman yang lebih menyakitkan hati?

9 comments:

la Signora said...

Selfish #1: orang yang request over-over beli ni lah tu lah kat orang-yang-pergi-holiday tapi tak sanggup bayar kos perbelanjaan benda yang direquest tersebut.Kalau orang-pegi-holiday tu jutawan, lain story.But then again, it's the principle of matter that counts.

tembakau said...

ada. ada sorang mamat tu kena hepatitis b.itu baru sakit hehehe

Fa-T said...

huh.. jelak jenis berak bersepah....!

kookabooras said...
This comment has been removed by the author.
a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

uhuks......sesak wooo...

ad3ck said...

kalau queue dalam toilet lama sangat sebab ada mamat tengah berak batu agaknya, mamat tuh kire selfish ke? ahahaha.

Lynn said...

To the first commentor: Now what I do is mintak duit upfront kalau nak kirim-kirim when I go overseas. Kalau benda kecik kire souvenir je hehe

My selfish story: Lunch time. Pergi fast food joint. Lapar. Banyak orang. Beratur. You have all the time in the world to look at the menu and decide what to buy.

When it's (finally) the turn of the person in front of you, dia baru la sibuk nak dongak-dongak baru nak decide nak makan apa, "aaahhh.... urmm... errr... nak set... nombor 5... eh tak nombor 7 kot... errr..."

Hish!

Najwa Aiman said...

Sebab nak pergi haji, alih-alih tahun tu juga dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru nak juga-juga secara tetiba mewujudkan satu terma baru dalam terms & conditions of service syarikat - Cuti Haji.

Tahun depannya dia pun bertukar ke institusi bertaraf universiti... kat kepala simpang...

pye:rudz said...

la signora: gua selalu kirim fridge magnet je dan usually bila nak bayar diorang bilang souvenir. alhamdulillah.

tembakau: pergh. betul mara bahaya.

fa-t: pengotor kan?

toi: sesak napasss...

ad3ck: huish, itu masalah biologi tubuh... tak boleh kira tuh.

lynn: biasa jumpa jugak tu. lemas jugak kengkadang. tapi ada jugak cashier yang bengap punya pekak. gua kena baru ni kat mcD alamanda.

najwa aiman: gua macam kenal mamat tu... hahaha