Monday, October 26, 2009

ROOT CAUSE



Buletin Utama itu ari memaparkan satu kes budak bawah umur (16 tahun kalau tak silap) ditangkap kerana memecah masuk satu rumah dalam acara solo. Bengap.

Dalam kes sebegini saya pun cuba fikir sebab-sebab budak ni jadi sampai begitu berani. Saya syak cuma ada 2 sebab. 1) Kesempitan hidup. 2) Kurangnya pendidikan.

Memang ada kes orang sanggup berbuat apa saja atas desakan kesempitan hidup. Takde wang untuk makan atau minum atau apa-apa (yang kebanyakannya) memerlukan wang. Salah merekakah hidup mereka sempit? Itu sangat subjektif. Tak lalu saya nak hurai untuk entry kali ini.

Jauh di dalam hati sanubari saya tetap kata faktor paling dalam dan penting ialah: Kurangnya pendidikan. Bila kita kata pendidikan, kebanyakan kita akan terbayangkan sekolah. Dan ada yang akan terus melatah: Macam mana nak hantar anak ke sekolah kalau dah tak mampu? Pendidikan percuma untuk semua? Saya tidak mahu komen.

Pendidikan bukan tertakluk hanya pada persekolahan. Pendidikan boleh mengambil tempat di mana-mana saja. Dan bila kita kata pendidikan, ia bukan hanya meliputi ilmu hisab, ilmu bahasa dan pendidikan seni. Itu adalah sebahagian dari pendidikan.

Kita juga hairan (kadangkala) bila seseorang budak yang dihantar ke sekolah, dihantar ke tuisyen dan ke kelas taekwondo mempunyai sahsiah yang cenderung membuat kita berang (bersikap kurang ajar) berbanding budak yang mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan seperti budak yang pertama tadi.

Ini tidak mustahil kerana pada saya itu cuma pendidikan kosmetik dan bukan pendidikan jiwa. Walhal pendidikan jiwa inilah yang lebih penting. Namun, ada juga yang mendapat pendidikan jiwa yang cukup tapi musibat jugak perangainya. Kadangkala saya jadi keliru juga entah apa lagi yang tak kena.

Mutiara kata bos saya: Biar kita ambik (hire) orang yang tak pandai buat kerja tapi nak belajar buat kerja. Kita boleh train. Daripada ambik yang pandai buat kerja tapi taknak buat kerja. It's all about attitude. Sahsiah diri.

Dan saya adalah salah seorang yang sangat bersetuju dengan kata-kata: Pendidikan bermula dari rumah.

7 comments:

GAFARO said...

tapi kalu mak bapak baking anak buat salah macam mana?

anak dia atau man bapak tu yang patut kita pijak

Lizzam said...

zaman sekarang, pendidikan bermula dari rumah pun payah gak. pasal mak bapak pun takde kat umah. yang ada mebi bibik.

aku tak nak komen lebih2.kang anak aku pun kena. tapi yang pasti aku memang anti dengan tindakan "buang sekolah". bila dah tak sekolah apa lagi derang nak buat?

Fa-T said...

Time mengajar dulu.. gua betulkan anak orng.. ye la merokok dalam skolah...

alih2 bapak budak tu yang kaunseling gua...

bokbon said...

tambah sorang lagi, gua pun setuju jugak..

Najwa Aiman said...

Budak umur 16 tahun tu dapat pendidikan pecah rumah daripada siapa ek?

pye:rudz said...

gafaro: saya pun tak tau nak jawab.

lizzam: aku pun taknak cakap banyak pasal hal macam "takut" terkena kat anak sendiri. tapi masalah ni real bro. real.

fa-t: gua syak bapak budak tu adalah guru kaunseling di sekolah lain.

bokbon: terima kasih.

najwa aiman: gua syak dia mendapat pendidikan dari televisyen atau kawan-kawan yang memepunyai anasir tidak baik. ana ke nasir? keronchong untuk ana oleh m. nasir ke? apa nih?

Afhm said...

Aku pun stuju... Keep in touch.. btw anak ko sgt cute.. wish i have one..amin