Monday, October 12, 2009

SAYA HAIRAN

1. Kenapa bila BN menang pilihanraya (tak kira besar atau kecik), bukan main besar lagi keluar headline suratkhabar arus perdana tapi bila kalah, headline dia ialah kisah ikan paus terdampar (misalan berbaur sinikal).

2. Kenapa orang Melayu sukakan perkara yang menyusahkan (baca: adat, budaya dan tradisi). Contoh: Dodol. Bukan main leceh nak buat tapi kenapa nak dibuat jugak?



3. Kenapa Datuk Siti Nurhaliza kejap-kejap pakai tudung, kejap-kejap tak pakai tudung. Eh, yang dia pakai kat kepala tu tudung atau penutup kepala? Hahaha.

4. Kenapa ada warga Indonesia yang tidak menghargai bantuan kita kepada mangsa bencana gempa bumi baru-baru ini? Apa agaknya yang berlegar dalam kotak fikiran mereka? Tapi saya salut Malaysia sebab tidak melatah dalam hal-hal sebegini. Semangat obligasi kemanusiaan kita memang bagus.

5. Kenapa masih ada penonton yang menyokong (baca: undi sms) rancangan realiti berbaur hiburan persembahan (show entertainment) yang pada saya membuang masa. Penonton kah atau penerbit rancangan tersebut kah yang sengal? Lihat saja hala tuju peserta-peserta ini baik yang menang mahupun yang kalah selepas sesuatu musim rancangan realiti itu tamat. Selain kebenaran bidalan you are what you eat, bidalan you are what you watch juga saya kira mungkin benar.

6. Kenapa "orang kita" suka tengok dan membanding-bandingkan status melalui hal-ehwal material? Lebih atas lagi, kenapa perlu nak membanding-banding? Untuk bersaingkah? Untuk modal mengumpatkah? Untuk membangga dirikah? Takde keje lain kah?

7. Kenapa kalau sesuatu parti tewas, undi pos sering dipersalahkan dan dipertikaikan? Tapi kalau parti yang tewas itu menang tak pernah mention pulak pasal undi pos? Ingat askar dan polis di perbatasan tu tak kecik hati ke bila orang pertikaikan undian mereka?

8. Kenapa negara kita "suka" mengiktiraf seseorang hanya selepas mereka mati tapi tidak menghargai mereka semasa mereka hidup? Adakah ini procedure?

9. Kenapa 1Malaysia kalau masih ada sekolah jenis kebangsaan, berita tamil, berita mandarin, berita melayu, majalah tv satelit dalam pilihan 3 bahasa dan lain-lain lagi? Oh ya, 1Malaysia... pelbagai bangsa, pelbagai citarasa. Ye ke?

10. Kenapa sebuah organisasi yang bukan korporat dan bukan milik sendiri (bukan shareholder) ingin berkelakuan (baca: berlagak) seperti atau mungkin mengalahkan organisasi korporat lain yang keuntungan mereka berlipat kali ganda. Lebih menghairankan cuma mereka "di atas" saja pula yang menikmatinya.

Hairan... hairan.

6 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

1)media gomen punya!

2)lagi susah buat singgam....

3)tu no komen,bahaya woo kang gua kena bedok dengan zabaniah...

4)tu ego beb,baru nampak kental,macho.haha bangang benor gayanya..

5)tu yang pelik tu aku pon heran.IQ tahap kuda padi

6)sifat P.H.D la ape lagi...

7)kalah atau salah kena beralasan...cuba la bagi jawapan no komen kat bos bila dia tanya kenapa kita buat salah,tak dilempangnye kita

8)untuk mengelakkan rasa riak ,ujub dan takbur...

9)dia macam horlicks la,semua khasiat dan vitamin terkandung dalam satu produk...

10)baru koprat beb(cacing nak jadi naga)

la Signora said...

#2 tidak suka jadi MC bila ade VIP/VVIP/VVVIP dalam event tersebut.Then again, being an asthmatic AND an emcee in Malaysia is almost like a pseudo-suicide.

#3 Tudung Dato' CT cam rapper jer.Yo yo uh uh but then again egyptian women thinks it is fashionable to wear hijjab a certain style ala gipsi.ntahler.Tak minat.Baik tak yah, ye tak?But then again...hmm

#4 sebab mereka menghidap nirmalabonatus

#5 itu sebab tv diberi gelaran manja 'the idiot box'.There is some kind of truth in that.

#6 orang kita may have 'deep values' but shallow opiniated.I am sad.Tu sebab saya bahagia beraya/berpuasa dirantauan.

#8 sebab orang yang sudah tiada tak bley ambik gambar ngan cek besar.er, got kaitan kah?

#9 1Malaysia.Susah nak komen.The idea on paper and tv advertisement screams Golden Kancil Award, but in reality?Seperti OPS SIKAP.

#10 sebab mereka menghidap penyakit yahudisma.True story.

Fa-T said...

1 undangg2... gomen buat...
2 lagi leceh.. lagi sedap...
3 siti... pra insaf...
4 tak sedar diri...
5 manusia = hiburan = membazir...
6 hati hitam... orang lain tak
boleh lebih...
7 sebagai alasan... menang sebab
undi pos.. kalah sebab undi
pos...
8 masa hidup terasa 'dia' tu
menyusahkan...
9 gimik...
10 KEPARAT!

Unknown said...

bro bebaik sikt bolei 'isim' nnt dibuek ehh

naziah said...

1. Sebab kalau x keluar headline, xde sapa kisah.

2.Itulah 'kelebihan' org melayu. Memudaratkan benda yang mudah!

3. Takut datuk k cari datin x(tra).

4. Sudah ku bilang... We wonder y diorang kena benda2 malapetaka begitu. Astagfirullah...

5. Ada si Mawi share dia punya profit kemenangan dgn org2 felda yg mengundi utk dia?

6. Benda material jadi ukuran kekayaan/power...

7. Undi pos, lori hantu, bas hantu... semua lah salah!

8. Dekat di mata, jauh di hati.

9. Utk mengekalkan 'identiti' bangsa. heh...

10. Yang ini aku x tahu!

pye:rudz said...

gafaro: IQ tahap kuda padi adalah frasa yang paling lucu saya kira.

la signora: nampaknya penyakit nirmalabonatus perlu diberi perhatian dewasa kini ye?

fa-t: aku syak arwah yasmin ahmad akan dapat award nanti.

tembakau: ish kamu nih... idok le sampe nak gile isim.

naziah: yang kau tak tau tu ialah yang aku cakap pasal ofis aku hahaha.