Thursday, October 29, 2009

TUA

Semalam saya ada urusan kerja di Medan MARA. Kucar-kacir jugak saya kena bangun pagi lebih awal dari biasa. Nak kena hantar anak dan bini dulu baru boleh terus ke Kolumpo dari Bangi. Trafik jem toksah cakaplah. Macam gampang. Pukul 7 pagi keluar rumah, pukul 9 pagi baru sampai MARA.

Itu yang saya hairan macam mana anak Yusof Haslam boleh buat filem Evolusi KL Drift. Ntah celah mana dia drift dalam kesesakan jalanraya di KL yang tak pernah tak jem kecuali pada Hari Raya pun saya tak tahu. Itu pun boleh meletup jugak filem tu.

Saya jaga kemasukan pelajar baru. Kerja hakiki saya. Macam-macam perangai budak-budak baru nak naik ni saya dah jumpa. Kadangkala lucu, kadangkala menyampah. Macam-macam ada... kata satu pakcik dalam iklan Astro tak lama dulu.

Semalam ada satu budak datang sama kawan dia kat kaunter kami. Dia kata dia belajar tak habis kat satu kolej lepas SPM dulu. Sekarang dia dah insaf dan nak sambung belajar balik. Pergh, macam slot Neraca Hidup dalam TV3 dulu. Baguslah tu. Dulu main-main sapa suruh? Saya kata dalam hati je lah.

Yang saya tak berapa berkenan ialah bila dia kata: Itulah, dulu masa lepas SPM budak-budak lagi, main-main belajar. Sekarang dah tua, itu yang ingat nak sambung belajar balik nih. Saya terkedu untuk 3 saat. Saya tengok dia dengan senyuman sinis lalu berkata: Awak umur berapa tahun yang "dah tua" sangat nih? Dia kata: 19 tahun.

Saya geleng-geleng dan tersenyum sinis sekali lagi sambil berkata: Apa yang tuanya 19 tahun? Kalau 19 tahun awak kata tua, saya ni apa? Tu pakcik tu kategori apa pulak? (sambil menunjuk ke arah satu pakcik yang hebat uban di kepalanya), tua nak mampos? Macam ni lah, umur 25 tahun ke bawah belum tua lagi dik. Belum terlambat. Yang penting awak nak belajar.

Ironinya, cara bercerita tu seolah-olah dah 10 tahun yang lalu dia ambik SPM dan hanya sekarang baru tersedar. Saya nak tergelak pun ada, meluat pun ada. Sama ada dia tak sabar nak jadi tua, kesal manjadi tua atau mungkin dia nak orang tau yang dia bukan budak sekolah lagi. Cheh.

Saya tak berikan dia tawaran kemasukan. Bukan sebab saya meluat tapi sebab dia tak cukup syarat kemasukan minimum ke Institut tempat saya kerja. Harap-harap dia tak kecewa hingga mendaftarkan diri ke Rumah Orang-orang Tua yang berhampiran hahaha.

11 comments:

MFN said...

wahaha... bro, i enjoy reading your comments pasal kehidupan seharian! kelakar juga ko ni ek? Ada la ciri-ciri badut sikit.. hahah

Yaya Abu Bakar said...

kamu uruskan bahagian kemasukan ek?boleh tolong saya lah kan..hehe..:'D

pye:rudz said...

mfn: terima kasih. saya tahu saya kacak. hahaha.

yaya: insyaallah boleh. err... tolong apa beb?

GAFARO said...

gua baru cengcadang nak sambung blajar bila cukup duit walaupon umor gua da lanjut.

bila gua baca ape yanglu tulis,gua sedey beb.

pas ni gua nak daftar kat rumah orang tua2.jaga orang tua

Najwa Aiman said...

Pakcik Astro "Macam-macam adaaa..." tu dah meninggal kan? Rasa-rasanya ada baca lapoan ni dalam paper setahun dua lepas.

pye:rudz said...

gafaro: hish kau nih, kalau dah malas nak sambung belajar tu, macam-macamlah.

najwa aiman: ya, betul.

bofoyengfeng said...

hahaha...baguslah..sekurang2nya budak tu sedar diri. kita ni makin lama makin tua..

pye:rudz said...

boyeng: kesedaran tu bagus. tapi kalau 19 tahun dah kata tua, mende beb? tak taulah kalau dia buat perbandingan dengan budak darjah 1. memanglah tua.

darkprince said...

budak2 skrg mmg cpt perasan tua...mb sbb dorg dh fkr future kot...hik3...sory mencelah...

pye:rudz said...

putera hitam: apa dia ni buat kat sini? cheh. hahaha.

Anonymous said...

Umur saya 40thn masa mohon biasiswa utk buat PhD dr MARA. Sempat kene basoh ngan pegawai MARA. Masih ingat lg kata2 peg tu..'ape lg yg awak ndak? Suami ade, anak ade. Cukup2 lah!' Saya menangis dlm tren. Org tua x perlu blajar! Padan lah rami org melayu hanya blajar spai tahap diploma & degree saja. Saya tekad!Pohon sana. Pohon sini. Last2 uni d luar negara taja. Skarang, umur 55 thn, ade PhD, anak2 bangga ngan mama mereka. Mana pegi peg tu..masih keje d takok lama ke? Beri lah peluang kpd sesapa yg nak blajar. Ilmu tu banyak guna nye!