Wednesday, November 25, 2009

MUKA LAIN

Stesen radio melayu default saya ialah Hot FM. Asalnya saya mendengar Hot FM sebab saya dah menyampah dengan satu stesen radio No. 1 Malaysia masa tu. Meluat dengan exposure berlebih-lebih DJ radionya.



Jadinya, saya pun menjadi pendengar Hot FM sebagai menunjukkan sokongan saya kepada siaran radio berbahasa melayu yang baru nak naik, masa tu. Hari ini dengarnya Hot FM dah jadi stesen radio No. 1 di Malaysia dari segi jumlah pendengar. Baguslah.

Slot AM Krew adalah antara yang kerap saya dengar. DJ hos untuk slot itu ialah Fara Fauzana (Fafau) dan Faizal Ismail (FBI). Segmen-segmen dalam slot tu pun boleh tahanlah, takdelah hebat bak gegak gempita. Lebih kurang sama je sebenarnya format dia dengan radio-radio lain. Cuma mungkin sebab cara si Fafau dan FBI ni handle pendengar yang menarik. Entahlah.

Baru-baru ni si Fafau masuk hospital katanya. Tinggallah si FBI sensorang. Tapi itu ari Hot FM ada jemput si Halim Othman jadi partner FBI. Lepas tu sekarang Azhar Sulaiman pulak. Macam-macam. Entah apa strategi diorang pun saya tak tau.

Sebenarnya bukan saya heran sangat pasal DJ gantian ni pun, cuma ini mengingatkan saya kepada senario industri hiburan di Malaysia. Kita ni seolah-olah takde muka lain nak diketengahkan dalam industri hiburan. Penyanyi itulah jadi pelakon itulah jadi pengacara itulah jadi Dj radio and the cycle goes on.

Soalan saya: Ketandusan bakat sangatkah negara kita ini? Sedangkan banyak IPT di negara kita yang menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri hiburan. Kenapa tak diketengahkan? Alasan x-factor itu terlalu klise. Tapi, adakah beberapa orang saja di Malaysia ini yang mempunyai x-factor?

Ada pernah anda lihat David Letterman jadi penyanyi? Oprah Winfrey jadi penyanyi? Celine Dion jadi pelakon? Mungkin ada, tapi untuk cameo appearance sajalah kot? Saya juga mungkin salah.

Rumusannya: Saya cenderung jadi bosan melihat dan mendengar muka yang sama saja mendominasi industri hiburan Malaysia. Dah takde muka lain ke?
Do you people feel me?


Nota: Saya masih mendengar Hot FM setiap pagi.

9 comments:

mamabio said...

tu yg agak hairan.. kat itm tu ramai je bdk2 mass comm yg terer2.. siap dah 'mengemudi' radio haram.. err.. yg x haram pun ada gak.. tp nape xdpt tmpt ek..?

malaysian suka yg camtu kot.. suka klau aznil(bkn nama sebenar)jd dj n pelakon n pelawak n penyanyi n pengacara at the same time.. baru la serba boleh.. malaysia boleh! skrg, 1malaysia, lg la sesuai.. 1 boleh buat smua.. ahahahaa.. eh, apa aku merapik nih?

artisticklytouch said...

aku feel engkau...yes yes

MFN said...

kekadang tu aku rasa nak lempang je din beramboi ngan lawak over dia tu... apa kata ko pegi audition plak? kot kot la ko boleh mewarnai industri hiburan kita...

naziah said...

IMO, flyguy and lil kev still the best radio people ever! EVER!!!!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

slamat raya beb.

Pyanhabib said...

selamat hari raya hajiiiii!

pye:rudz said...

mamabio: itu namanya prejudis.

artis: bagus antonio.

mfn: aku try eh? heh.

naziah: yup. they surely rocked hitz fm that time.

toi: selamat ari raya.

pyanhabib: bila nak pergi haji? ehhee...

Najwa Aiman said...

Tu salah producer tu... eheks...

Kotak Keranda said...

Feelings, nothing more than feelings,
Trying to forget my feelings of love.....
haah la!! tgh feel..