Monday, November 23, 2009

PICISAN (BERNOMBOR)

1. Saya dah dapat buku Yasmin Ahmad's Films karya Amir Muhammad. Masih belum mula membacanya. Kalau dah mula membaca esok tak boleh berenti pulak. Terima kasih saudara Amir Muhammad.

2. Drama bersiri Nur Kasih dah nak abis. Entah apa lah endingnya. Minggu ni last episode katanya. Macam mana saya boleh terjebak menonton drama ni pun saya tak tau.

3. Anugerah Juara Lagu akan guna format baru. Takde kategori. Open. Macam manalah rupanya nanti.

4. Anak saya Mikael kena selsema. Nasib baik light/mild flu saja. Cepatlah baik harapnya.

5. Bekas DVD Transformers 2: Revenge of The Fallen yang special edition boleh transform jadi Bumblebee. Gile ah.

6. Malam minggu hari tu saya dan Raddy melepak di Restoran Haji Tapah, Taman Permata. Dah tak bestlah. Takde keceriaan. Airnya pula memang cenderung mendekatkan saya kepada penyakit kencing manis. Kena carik port lain nih.

7. Hari Ahad pula adalah hari nasi lemak sedunia. Mak mertua saya dan mak saya buat nasi lemak. Makanya, kadar lemak saya pun sudah bertambah.

8. The Curve pada hari Ahad macam puaka. Ramai orang. Oh ya, cuti sekolah dah bermula. Pening jugak kepala saya carik parking hari tu.

9. Kunyit yang saya campak dalam planter box sudah mula bertunas. Begitu juga dengan keratan pokok bunga raya yang saya rembat di Sepang pada raya aidilfitri yang lalu. Kaler apa bunganya pun saya tak tau. Tengok je lah nanti. Anak pokok cili burung je yang belum nampak apa-apa lagi. Itu ari campak 3 biji dalam planter box. Kacang botor sesat pun dah mula memanjat di pagar belakang rumah. Biarkan je lah.

10. Keadaan cuaca di Malaysia sangat lembap. Hujan hampir setiap hari. Tak payah susah-susah nak siram pokok.

8 comments:

sevven said...

0. Apa beza picisan bernombor dengan tak bernombor selain, er, nombor?

2. Nur Kasih ni ada gak tertengok seepisod dua. Tak tahu lah apa yang orang gilakan sangat. Aku tengok sakit hati je.

3. Wujud lagi Juara Lagu ni ye...

8. Pergi Mutiara Damansara hari Ahad memang puaka. Tak payah cuti sekolah pun. Baru tahu?

Najwa Aiman said...

Mana picisannya?

pye:rudz said...

sevven: ye, nombor ialah bezanya.

najwa aiman: Picisan bermaksud sesuatu yang rendah mutunya. Ini yang kesepuluh-sepuluh ni kira picisan lah ni. Entri geli-geli hahaha.

naziah said...

hari cuti sekolah semua tempat cam puaka!

pye:rudz said...

naziah: sangat betul.

bokbon said...

hui kacang botol, pebret..

pye:rudz said...

bokbon: dapat goreng dengan belacan laaagi pebret.

Kotak Keranda said...

alaaahai.. the curve di hari ahad mcm puaka? wa dah lama tak gi lah! sbb weekend jek wa jadi puaka tetap kat pejabat berkanun wa..! uwaaaa!! uwaaaa!