Thursday, November 19, 2009

SARAPAN PAGI

Aku, Shidah dan Mazlan pagi tadi berhajat nak makan nasi lemak. Ada satu tempat kat Bangi ni yang aku suka nak pegi kalau melibatkan hal-ehwal makan nasi lemak. Kedai ni jual nasi lemak kukus dengan ayam goreng berempah yang panas-panas. Fresh from the wok. Dan sambalnya, mmuahh. Sangat lazat. Kat tekak aku lah. Jadi, pergilah kami bertiga ke kedai tersebut.

Standard kedai melayu, time tengah makan akan ada orang yang akan datang kira. Tapi ini ari tukang kira dia ada lambat sikit. Dah separuh jalan nasik nak abis baru datang nak kira. Nasib baiklah kami ni jujur orangnya.

Tukang Kira: Semua makan nasi lemak ayam eh?

Ketiga-tiga Orang Jujur: Haah.

Aku: Saya ada telur.

Mazlan: Saya pun ada telur.

Shidah: Saya takde telur.

...

Kan aku dah cakap kami bertiga ni jujur orangnya.

8 comments:

Lizzam said...

hahaha...tu kenyataan tentang telur mana weh?waiter/ess tu lak pk makanan ke ape?

kaktimah said...

hahahaha tersembur kopi Aik Cheong yang aku minum nih. Chaittt!!

Fa-T said...

waccha....

Najwa Aiman said...

Nasib baik lu dengan Mazlan amik telur! Ekekekekeke...

pye:rudz said...

lizzam: apa waitress tu pikir wallahualam kehkehkeh.

kaktimah: inilah seloka pagi namanya.

fa-t: hahaha.

najwa aiman: kalau tak ambik pun memang dah ada spare beb muahaha!

Labu-Labi said...

haha...telur rebus ke goreng beb..!!?

Kotak Keranda said...

ha kan wa dah kata, wa tak ley 'potong' sbb wa takda. sampai skang takda.. memang takda kut..!!
bila ar nk ada coverage neh???

pye:rudz said...

labu-labi: goreng pun sodap!

kotak keranda: takyah potonglah, bukan laju mana pun... itu kata orang MIS di pejabat aaya.