Wednesday, November 18, 2009

SETENGAH JAM SAYA DI RESTORAN HAJI TAPAH, BANDAR SERI PUTRA

Malam tadi teringin nak makan roti naan dengan ayam tandoori. Bukan teringin sangat pun. Sebenarnya dah tak tau nak makan apa. Haji Tapah lah jawabnya.

Di Haji Tapah.

Aku duduk bersebelahan meja sekumpulan 4-5 geng anak muda. Budak-budak KUIS barangkali. Melihatkan gaya penampilan berkopiah dan wajah sedikit intelektual. Gaya student masa kini. Teringat dalam Buletin Utama minggu lepas rasanya, budak-budak KUIS ada buat piket pasal kenaikan yuran. Macam-macam.

Buletin Utama. Karam Singh Walia tengah cover cerita organic waste. Laporan penglibatan beberapa organisasi dalam usaha mengasingkan organic waste untuk dilupuskan dengan kaedah biologi. Guna cacing. Mesra alam. Dan hasil uraiannya (decomposed waste) boleh dijadikan bahan lain seperti baja organik. Recycle babeh. Aku bersetuju dengan pendedahan dan usaha ini dan mula mencaturkan cara bagaimana nak mula mengasingkan sampah organik di rumah aku.



Geng anak muda meja sebelah tidak berminat langsung dengan laporan Karam Singh Walia. Mereka lebih galak berbual.

Iklan. Budak main kompang menyanyi: Potong! Potong! Potong!

Geng anak muda nampaknya berminat dengan yang ini. Salah seorangnya mengikut-ngikut irama: Potong! Potong! Potong!

Roti naan dan ayam tandoori aku masih belum sampai.

Geng anak muda masih mengikut-ngikut irama: Potong! Potong! Potong! Walaupun iklan tu dah hampir 10 minit berlalu.

Roti naan dan ayam tandoori yang aku order pun sampai. Aku abiskan teh o ais aku dan berangkat pulang.

Fikiran masih teringatkan laporan berita Karam Singh Walia dan geng anak muda meja sebelah yang gemarkan iklan Potong!

6 comments:

Fa-T said...

POTONG STIM

bofoyengfeng said...

potong adalah trend terkini lagi sensasi.

Najwa Aiman said...

"Bunga selasih masak tauhu... Lu masih blom tau kaaa...?" tanya Karam Singh Walia. "Kita memang nombor 200 ke bawah laaa...!" sambungnya sambil menggerak-gerakkan lengannya yang lebat berbulu ke atas dan ke bawah tanpa tujuan. "Bilangan penganggur makin ramai laaa...!" dia masih tak puas hati dan belum mahu berhenti bercakap.

pye:rudz said...

fa-t: heh.

boyeng: setuju benar.

najwa aiman: beliau memang satu fenomena!

treefwog said...

hmm..wa nak potong tp wa takda. wa takda 'coverage'. uhuks.

pye:rudz said...

kotak keranda: chet!