Wednesday, January 13, 2010

CONGAK

Kita ada 24jam sehari. Semua orang ada 24jam sehari. Tiada yang dapat lebih atau kurang. Itu kata sistem waktu ciptaan manusia yang diguna-pakai sejak entah berapa kurun lama saya pun tak tahu.

Saya dan Shidah tergolong dalam kumpulan ibu bapa yang berkerja makan gaji. Makanya, rutin harian weekdays kami bolehlah dikatakan sama dengan kumpulan ibu bapa yang berkerja makan gaji yang lain. Lebih kuranglah. Nak tepat makan lepatlah.

Biasanya, kami bangun pagi sekitar 6am. Bersiap-siap gedebuk-gedebak, dalam pukul 715am dah keluar rumah untuk hantar Mikael ke nursery dan ke ofis. Mikael biasanya bangun sekitar 630-645am time kitorang tengah sibuk-sibuk bersiap.

Mikael berada di nursery lebih kurang bermula jam 8am dan kami berada di pejabat sekitar 830am.

Kami keluar pejabat dan ambik Mikael balik sekitar 6-630pm.

Sampai rumah sekitar 645-7pm.

Bagi Mikael makan, main, main, main sampai penat hingga sekitar 830pm.

Mikael minum susu. Ganti lampin. Main sikit-sikit, minum air dan masuk tidur sekitar 9-930pm.

Ini rutin harian kami 3 beranak pada minggu hari berkerja.

Cuba congak berapa jam saja sehari kami mempunyai masa bersama (tolak waktu tidur) atau orang biasa sebut quality time together?

Saya rasa, adalah lebih kurang 4.5jam atau 5jam daripada 24jam sehari untuk weekdays.
Cukupkah sebenarnya masa yang kita luangkan untuk anak kita?

Ya, saya hampir menitis air mata semasa membuat congakan ini.


Nota: Inspirasi dari keratan berita ini.

7 comments:

ez said...

nice one bro..
bab ni kalau dicongak utk kes aku lg mau teriak beb..

Najwa Aiman said...

Orang German dah kata lama dulu (kalau tak silap wa baca artikel tu dalam tahun 2001 kat ofis lu yang lama), pendekatan kita selama ni teramat salah. Kita perlu kurangkan masa bekerja dan lebihkan masa bersama keluarga.

Naziah said...

Itu ok lagi tu... Bila ko kerja sendiri, ko kerja 14 jam sehari... Sedih je bila balik rumah tgk anak suda tidur. Iskiskisk...

pye:rudz said...

ez: adjustlah mana yang boleh.

najwa aiman: ada dengar jugak pasal artikel tu. tapi, biasalah... melayu mudah lupa.

naziah: mula2 je kau keje 14jam, dah ok kedai kau nanti kau kerja 4jam je sehari kot? hehehe... btw, all the best beb.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

ape leh buat sistem yang buat kita jadi hamba....

status seseorang diukur melalui kebendaan.....

anda akan dipandang pelik jika hidup anda selamba....

walhal razeki hidup anda telah ditentukan tuhan

Fa-T said...

emm kalo ikut congak.. lu punya time sama gua punya time pun lebih kurang sama.... walau pun gua duduk ukay perdana opis kat tengah2 kelumpo... tetap hampir sama sama lupunya mcongak...

MFN said...

bro,

i feel the same! wat to do, no work no money.. so, apa solution selain nangis?? aku tgh pening pikir!