Monday, January 25, 2010

PERSPEKTIF

Anda sedang memandu dan terlihat suatu majlis perkahwinan.
Majlis itu adalah majlis marhain.
Takde pung-pang-pung-pang atau yang macam selalu keluar dalam Nona.
Majlis itu adalah majlis marhain.

Majlis itu diadakan di kawasan perumahan flat.
Anda maklum saja keluasan kawasan perumahan flat.
Luas mana sangat, kan?
Tapi majlis itu meriah.
Dengan kanopi marhain, buffet style marhain dan lain-lain yang marhain.
Majlis itu adalah majlis marhain.
Tapi majlis itu meriah.

Kereta tetamu dibantai parking tepi jalan.
Jalan jadi sesak dek kereta tetamu yang parking selamba.
Iyelah, kawasan flat, luas mana sangat, kan?
Dan anda sedang memandu melewati majlis perkahwinan tersebut.

Apa yang anda fikirkan?

5 comments:

sevven said...

marhain tu apa?

Fa-T said...

alhamdulillah.... terasa macam nak tumpang makan...

Najwa Aiman said...

Lenkali buat la kat dewan! Menyusahkan orang lain kat jalan raya jek...

GAFARO said...

kalu gua `huh meriahnye jangan sebulan kawen cerai sudah'...

pye:rudz said...

sevven: marhain ialah kata lain bagi rakyat biasa / orang kebanyakkan / orang biasa.

fa-t: prasangka baik.

najwa aiman: nafsu amarah.

gafaro: harapan tidak baik.