Wednesday, March 24, 2010

KEPOMPONGPONG



Wahai Kelicap Lalu, beta mahu kamu maklumkan pada sekalian jelata bahawa beta sedang mencari hulubalang yang baru. Maklumkan mereka agar lekas-lekas menghadap beta untuk beta pilih sendiri.

Ampun tuanku. Bolehkah patik tahu kiranya tuanku sudah ada calon hulubalang yang bermain-main di fikiran tuanku?

Oh, itu jangan kamu khuatir. Biarlah beta saja yang uruskan. Lekas, laksanakan saja titah beta.

Ampun tuanku. Titah tuanku patik junjung.

***

Maka berbondong-bondonglah rakyat jelata membawa harap menghadap Sultan Kepompongpong agar terpilih menjadi hulubalang baginda.

Semuanya layak. Semuanya cukup haul. Semuanya ada kelebihan. Namun, semuanya tiada mengetahui bahawa kehadiran mereka hanyalah sebagai pemain wayang tambahan semata. Antara semua itu, hanya satu sahaja sebenarnya yang telahpun terpilih dalam senyap.

Kelicap Lalu sudah amat arif akan helah Sultan Kepompongpong itu. Namun apakan daya? Titah sultan harus dijunjung, begitu janjinya. Resam Melayu, sepatutnya, janji harus dikota. Jika janji tidak dikota, itu bukan Melayu.

Kelicap Lalu juga tahu Sultan Kepompongpong sudahpun ada calon hulubalang yang dikehendakinya. Perkhabaran kepada jelata tentang pencarian hulubalang baru itu hanyalah wayang semata kerana baginda sebenarnya tidak mahu dicerca sebagai tidak saksama. Itu saja tujuannya.

Tidak mengapa, bukan rezeki. Begitu kata para jelata yang gagal dipilih menjadi hulubalang. Mereka sebenarnya tiada mengetahui sekelumit pun helah Sultan Kepompongpong. Manakan boleh mereka menuduh Sultan Kepompongpong sebagai tidak saksama? Walaupun itulah kebenarannya.

Semutar Hitam yang melihat dari jauh permainan muslihat licik Sultan Kepompongpong itu hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal. Tiada lain diharapkan hanya pemikiran yang waras dan tajam sahaja dari sultannya.

Dirgahahayu Kepompongpong, sindir hati kecil Semutar Hitam.

8 comments:

Najwa Aiman said...

Eh? Siapa resign? Atau kena "rotate"?

GAFARO said...

ini syarikat gomen ke swasta?

pye:rudz said...

geng: ini fiksyen dari imaginasi gua lah... itu ari tengok hang tuah (p.ramlee) pastu pagi tadi gua nampak burung kelicap tengah syok makan jambu jiran gua kehkehkeh... kalau korang rasa ini satu satira, itu terpulanglah kehkehkeh...

GAFARO said...

maknanya hati dan perasaan kami di permainkan la ni?

kookabooras said...

pendekar semutar hitam tu dah dpt ke blm Myvi baru dia? boleh la ramp atah kepompong x pon amik paking sultan kat istana.

Najwa Aiman said...

Wahai Gafaro! Hulurkan kepadaku Si Taming Sari! Akan kubelasungkawakan sesiapa yang patut! Ciszzz...!

pye:rudz said...

gafaro: maknanya kau telah menghayati cerita aku dengan baik (kehkehkeh)

kookabooras: dah...

najwa aiman: taming sari takde. sari ada. mau ka? kuikuikui...

yawaununalip said...

kepompangpang