Tuesday, March 23, 2010

PANTAS & TUNTAS

Saya baru dapat borang BE minggu lepas. Jangan tanya mende maksud BE tu. Saya haram tak tau. Sila tanya pada orang LHDN.

Acara membayar cukai sememangnya bukan acara kegemaran rakyat Malaysia (dan mungkin juga rakyat negara lain). Tapi, ia tetap perlu dilakukan juga demi pembangunan negara. Sebelum bayar, kena taksir dulu. Barulah tau kena bayar atau tidak cukai pendapatan. Kalau tak buat taksiran macam mana nak tau, kan? Ini arithmetic mudah je nih.

LHDN menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan e-Filing untuk penaksiran cukai. Pada saya ia adalah satu sistem penaksiran cukai yang bagus. Ia mudah, pantas dan tuntas bak kata Dr. Fazley semasa mempromosi kamus elektronik Besta. Anda cuma perlu ada borang BE dan komputer berinternet. Selebihnya, buatlah sendiri. Takkan saya nak buatkan untuk anda?

Namun perlu diingatkan, jangan lupa password untuk login. Kalau lupa jugak jangan nangis, sila telefon helpline LHDN untuk diorang resetkan password anda. Nombor helpline LHDN? Cariklah sendiri, saya tak ingat. Semua nak orang suap, patutlah obes. Cheh.

Oh ya, entri ini hanya bertujuan mengingatkan anda supaya lekas-lekas menaksirkan cukai pendapatan anda. Tak payahlah tunggu last-last minute tang corner baru nak sibuk. Lepas tu merungut tak tentu pasal. Marah LHDN lah, marah Najib lah, marah 1Malaysia lah, marah semut hurung serdak biskut kat lantai lah.

Makanya, selamat menaksir dan membayar cukai saya ucapkan.


Nota: LHDN hutang saya rm92. Sila bayar segera.

13 comments:

Lynn said...

LHDN hutang saya 4-angka. MUAHAHHAHA. tak sabar nak tunggu cek sampai.

BTW, kalau lupa password (like I do, pasal masuk pun setahun sekali je kan), can just click on "forgot password" link. They will ask one question that set yourself. Senang je, takyah nak call LHDN.

Akhir kata, cepat taksir & submit, cepatlah dpt refund (kalau ada terlebih bayar la)

Najwa Aiman said...

Bersempena pelaksanaan GST nanti, adakah akan ada revision menurun untuk cukai pendapatan ek?

pye:rudz said...

lynn: ommak aii! 4 angka eh? bolehlah belanja sate! hahaha

najwa aiman: in your dreams bro... tapi kalau turun, baguslah. look at it this way lah, do it for our future generation. how "they" spend our money, itu biar diorang sendiri jawab di akhirat kelak. we should just do our part. niat mesti betul.

Fa-T said...

emm 92 hinggit... wow... kenyang pekena teh tarik...

GAFARO said...

tapi kalu main chicken run dengan LHDN ok tak?

pye:rudz said...

fa-t: teh tarik 10 gelas pun boleh beb!

gafaro: boleh... chicken dance pun boleh hahaha.

Lynn said...

hehehehe bolehh.... (dalam palaotak dah pikir nak beli handbag branded sempena dah nak masuk dekad baru nanti ahahaha). but my colleague was a killjoy by saying, "ala, it was YOUR own money to begin with".

I answered, "yeah, it's just like playing kutu.... with the government!" :D

pye:rudz said...

lynn: saya cadangkan braun buffel. fuh! selamat berjoli!

Lynn said...

oh thanks, but I have Coach on my mind. :)

kookabooras said...

aku x penah bayar. camno ek??

pye:rudz said...

lynn: ;)

kookabooras: nanti aku bagitau sama jiran aku. dia salah seorang pengarah kat LHDN, hahaha...

kookabooras said...

ciss.. hahaha

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.