Wednesday, March 31, 2010

REPORT

Kebelakangan ini kerap benar (baca: hampir setiap hari) saya terbaca, tertonton dan terdengar perihal orang buat laporan polis di media massa.

Kalau melapor kes-kes jenayah itu pada saya adalah biasa. Iyelah, takkan nak report sama Syabas atau TNB kalau ada kes ragut, kan?

Tapi yang saya tak berapa faham ialah apabila orang politik buat laporan polis tentang hal berkaitan isu politik. Apa nih? Lepas tu keluar gambar dalam suratkhabar, ramai-ramai pegang laporan polis yang dicetak.
Hehehe, kelakar.

Saya tak taulah tindakan mereka membuat laporan itu betul atau tidak. Rasanya betullah, sebab polis pun terima je laporan mereka. Apa tindakan pihak polis selanjutnya daripada laporan itu tiadalah saya mengetahuinya.

Tapi saya melihat ini sebagai satu trend sebenarnya. Komtemporari je nih. Nanti dulu, ada yang lebih lucu. Dari satu sisi, kumpulan si polan ini mempertikaikan integriti pihak polis. Tapi anehnya, mereka juga ada membuat laporan polis berkaitan isu politik.
Hehehe, kelakar kan?

Apa komen anda tentang isu ini?

Saya rasa lucu, mual, menyampah dan lucu. Ye, lucu dua kali.

6 comments:

artisticklytouch said...

membuat laporan polis adalah sesuatu yang sangat IN sekarang ini. kalau kau tak buat, kau tak hebat dan wartawan takmo amek gambar ko...

Najwa Aiman said...

Gaji polis mesti kena naik lagi.

GAFARO said...

dulu zaman kutu gua.kami majlis syura tepi tembok membuat kesimpulan jangan la hina polis karna kalu mak abah meninggal anda tetap kena buat repot polis

ad3ck said...

Biasanya tindakan seterusnya ialah sunyi dan hening ;p.

Fa-T said...

gua rasa pak politik tu saje je.. buat gempak.. gua rasa.. tak lama lagi malaysia dapat world record -report terbanyak oleh ahli politik-

GUA BANGGA.... PEncapaian malaya...

pye:rudz said...

artis: jap lagi gua nak buat repot polis pasal belalang makan daun kat rumah gua lah.

najwa aiman: hehehe marah orang polis dengar.

gafaro: betul tu. tapi kita juga tak boleh tolak kemungkinan ada polis yang tak jujur, kan?

ad3ck: hening macam bilik vakum.

fa-t: gimiklah namanya tu, kasi gempak sikit, kecoh sikit, karut sikit kehkehkeh.