Friday, April 2, 2010

CATATAN

1. Al-fatihah untuk arwah Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad). Saya sebenarnya baru mula nak mengenali beliau melalui konsep jenaka yang diketengahkan. Arwah memang nampaknya merepek dan loyar buruk (di tv dan radio) tapi beliau tak pernah gagal membuat kita tersenyum atau tergelak. Berehatlah dengan tenang saudara. Al-fatihah.

2. Sekarang dah mulai kerap hujan. Kadang-kadang basuh kereta pun rasa sia-sia. Tapi kalau tak basuh menyampah pulak tengok kereta tu kotor. Kereta kaler hitam memang mudah nampak kotor. Harap bersabar je lah. Jangan nak komplen sangat. Itu ari panas, komplen. Ni, hujan pun nak komplen ke? Pikir sikit.

3. AF8? Saya tak berapa berselera nak tengok, harap maaf.

4. American Idol? Saya layan sebab bini saya layan. Favourite saya: Crystal Bowersox, Lee Dweyze (ye ke eja nama dia macam nih?), Michael Lynche (Big Mike) dan Andrew Garcia (kadang-kadang).

5. Saya teringin nak tau maklumbalas orang Petronas mengenai penyenaraian 2 anak syarikatnya di bursa akan datang. Adakah ini halatuju baru selepas MEB atau selepas Hassan Marican meninggalkan Petronas? Hmmm...

6. Ananda Krishnan dah memiliki sepenuhnya saham Astro. Hehehe.

7. Astro akan ada pesaing selepas Kementerian... (hapa ntah saya tak pasti) meluluskan 7 lagi lesen cable tv provider. Tak taulah iye ke tidak. Tapi kalau betul jadi, baru syiok sikit. Takdelah monopoli. Teringin betul saya nak tengok rakyat Malaysia jadi pening nak pilih cable tv, macam kita pening nak pilih line henfon. Gila babas telco provider sekarang promosi kadar terendah masing-masing. Macam ni barulah menguntungkan pengguna. Tapi, tak taulah kalau mamat no. 6 tu pun ada share jugak dalam syarikat cable tv provider yang baru nih, kehkehkeh.

8. Berkaitan Astro lagi. Saya dioffer untuk upgrade ke Astro B.Yond, for free! Penat saya pikir nak ambik ke tidak tawaran ajaib tu. Last-last saya buang je form tu kat tong sampah selepas mengambil kira perkara no. 7. Bijak bukan? Heheheh.

9. Saya dah bosan membaca mengenai kekecohan semasa sidang DUN Perak. Seriously guys, move on. Stop wasting time and embarassing yourselves. Just do your job. Jangan sampai orang meluat dan menyampah. There's always next General Election to prove yourselves.

10. Mikael, anak saya sudah pandai memanjat sofa di ruang tamu. Bila dah panjat, dia akan bunyikan Mickey Mouse nya dan berjoget-joget dalam posisi berdiri. Saya boleh cenderung sakit jantung atau darah tinggi melihatkan tindak-tanduk beliau. Huish.

Sekian, terima kasih.

9 comments:

mamabio said...

komen utk no.4: ye. american idol kali ni mmg best.

'mari kita lihat siapa yg kena'.

casey yg main gitar tu pun best gak.

mamabio said...

(enter frame lagi...)

ye. saya mmg tanak komen no lain.

artisticklytouch said...

saya nak komen #:

2. kereta saya sudah sebulan tak dibasuh..

3. saya tak rasa ralat kalau terlepas

4. sama macam #3

9. sangat-sangat setuju...hari tu kata biar mahkamah tentukan. sekarang dah ditentukan, terimalah dan berkhidmat untuk rakyat seperti yang diwar-warkan. kalau bagus, rakyat tak lupa tapi kalau kontroversi lagi rakyat tak suka.

sampai bila...sampai bila...begini..

10. budak kecik hehe

Najwa Aiman said...

No. 5 itu adalah catatan yang bertanya... eheks...

Errr... so far belum ada orang jawab ek?

ad3ck said...

aku paling suka no 7 tuh, nanati nak compare n amek pakej sukan paling murah heheheeh..padan muka astro.

GAFARO said...

anda akan menghadapi masalah kesihatan....

anda perlulah mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelakkan darah tinggi dan sakit jantung....

kurangkan gula dalam kehidupan seharian...

mungkin anda perlukan madu dalam kehidupan.....

pyerudz said...

mamabio: nak kena dia nih...

artis: :)

najwa aiman: orang malas atau tak berani nak jawab kot? heheheh...

ad3ck: kita tunggu je.

gafaro: perlukan madu eh? eh, kau cakap pasal madu lebah kan? cheh.

kuchalana said...

aku paling suka yg no 10... kekekek

Reggae Butik said...

http://reggaebutik.blogspot.com/

What we need is LOVE..

Salam singgah...