Monday, April 19, 2010

MUBARAK

Memang pekat. Kelat. Pahit. Masam. Dan semuanya yang "baeng-baeng" dan busuk-busuk yang terlintas di kepala Mubarak. Apa hal boleh jadi macam gini? Bentak hatinya.

Mubarak biasanya seorang yang sangat penyabar. Susah benar nak tengok dia marah-marah. Mencarut pun 2 tahun sekali saya ingat. Tapi hal yang terjadi baru-baru ni memang betul-betul menaikkan darah Mubarak.

Bila ditanya kenapa, Mubarak cuma mengeleng-gelengkan kepala. Gaya nak jawab secara lisan memang tiada kelihatan langsung. Dia cuma jawab melalui gaya bahasa badan je. Kalau dah gitu gayanya, janganlah nak ditanya lagi. Tak penumbuk, terajang yang akan naik muka. Orang jenis macam Mubarak ni dia panas dalam. Senyap, senyap, tau-tau pom! meletup. Parah beb.

Selepas dua minggu kejadian saya berselisih dengan Mubarak yang sedang dalam keadaan berbulu tak tentu hala itu, baru-baru ini saya berjumpa dia lagi. Kali ni saya nak tanya jugak tentang hal itu ari. Nampak gaya macam dah OK si Mubarak ni. Kalau senyum dah nampak cili terselit kat gigi lepas makan tu, kira OKlah tu.

Mubarak, aku nak tanya kau sikitlah (dalam nada tersekat-sekat).

Apa dia?

Itu ari kenapa kau hangin satu badan?

Ahh... malaslah aku nak ingat. Tak payah tau lah.

Alah, apa salahnya? Kita kan geng?

Kau tau tak? Macam mana aku tak naik hangin? Ada ke patut itu ari tu masa aku order satu burger kat McDonald's aku cakap nak extra onion, belakang, sekelumit onion pun takde. Yang extra nya ialah lettuce. Apa bangangnya? Tak tau ke beza onion dengan lettuce? Bawang dengan salad?

...



Dan pada hari itu barulah saya tau bahawa Mubarak ialah seorang yang sangat gemarkan bawang dalam burgernya. Jangan buat hal atau cuba-cuba nak sisihkan bawang daripada burger beliau.

Sekian, terima kasih.

6 comments:

Fa-T said...

Boleh kenalkan gua dgn mubarak.. Gua ad member minat bwang putih... Ahahaha

Anonymous said...

Baru keluar dari hutan mana Mubarak ni? First time beli burger kat McD atau sebenarnya dia memang bongok bahalul?

pyerudz said...

fa-t: lepas tu buat soap opera, kan? bawang merah bawang putih.

anon (najwa aiman): tidak semua orang pernah merasa makan McD. btw, tahukah anda we can actually customize our burger? contoh: taknak mayo, taknak ketchup, extra onion, taknak onion dan lain-lain w/o extra charges. tapi mesti within the burger's content lah. kalau bayar untuk beefburger tapi nak mintak cheese, apahal?

Arief S. said...

Salam,
Anda suka collect american comics jugak ke?? ade kumpul vintage comics from golden days ker...apa ker..? Saja tanya...saya peminat comics gaks...

GAFARO said...

taste saya dan mubarak sama la....
err dia ada adik pompuan?

pye:rudz said...

arief: dulu saya suka beli comic. especially amazing spider-man punya series (marvel). vintage tak vintage saya tak tau lah. DC comics yang saya ada ialah yang issue superman mati... dan hidup balik.

gafaro: ah, nanti aku cuba tanya mubarak.