Wednesday, April 28, 2010

RIDE

Umum mengetahui bahawa saya telah pun bertukar kenderaan yang baru walaupun saya tak pernah buat rapat umum. Kereta sedan hitam saya yang lama dah pun ditukar kepada kereta compact hitam.

Tak perlu saya hurai banyak-banyak sebab itu adalah kesukaan hati saya untuk bertukar kepada kereta yang lebih kecil, kan? Kalau saya pakai kereta kebal hatta kereta bancuh simen sekalipun adakah anda yang nak membayar installment bulanannya? Tentulah tidak bukan? Maka, jangan sesekali dipertikaikan keputusan saya.

Bertukar kepada kereta compact memang ada pelbagai cabaran dan kelebihan. Antaranya ialah:
1. Tak laju sebab cc enjinnya lebih kecil.
2. Ruang muatan yang lebih kecil.
3. Tangki minyak kecik, kena kerap top-up.
4. Parking menjadi lebih mudah.
5. Kereta baru datang dengan leather seat. Senang dibersih.
6. Diperlekeh.

Saya nak hurai yang no.6 sebab yang lain tu lebih straight forward. Ini antara perkara jengkel yang saya terima semenjak bertukar kepada kereta compact tempatan.

1.
Ramai ingat kereta compact baru saya ialah second car. Kereta bini. Bila saya kata ini je kereta yang saya ada, mereka tak percaya. Alasan: Kenapa downgrade? Kenapa? Salahkah kalau downgrade? Oh, kalau Honda City 1.5cc tukar kepada Mazda RX8 1.3cc tu korang tak bising pulak ye? Downgrade jugak kan? Dari segi cc enjin lah.

The point is, ia seolah satu kesalahan/dosa pula apabila saya bertukar kepada kereta yang lebih kecil. Ini antara stigma Melayu yang saya kira sangat mundur.

2.
Semalam saya di hon di stesen minyak oleh sebuah kereta Mercedes lampu bulat. Saya syak dia marah sebab saya sedikit lembab untuk bergerak meninggalkan pam minyak tersebut. Saya memang begitu sebabnya, saya akan pastikan semua kad kredit dan kad mesra saya ada, saya akan resetkan trip meter dan anak bini ready kat belakang baru saya jalan kereta.

Tindakan mamat kaya-bongkak-bahalol yang mengehon saya dari belakang itu saya takrif seperti orang yang hilang pedoman. Sesungguhnya, kekayaan tidak boleh membeli kesabaran.

Penularan nafsu materialistik dan keangkuhan dek kekayaan semakin merisaukan dewasa kini.

17 comments:

Lizzam said...

kalau aku jadi ko kena hon, aku akan matikan enjin dan keluar pegi toilet.

naziah said...

seperti pengkomen di atas, aku juga begitu... lagi dia hon, lagi lama aku dalam kereta...

raddy said...

'Penularan nafsu materialistik dan keangkuhan dek kekayaan semakin merisaukan dewasa kini.'

ya betul! sebab tu la kita kena lepak mamak lebih kerap lagi untuk pikir strategi camne nak jadi kaya macam mereka! hahahaha..
any idea?..... err MLM? hehehee..

Najwa Aiman said...

Mercedez hon? Wooo... bestnye kena hon dengan Merc. Kalau yang hon tu Kancil?

Errr... adakah ni termasuk kategori "Penularan nafsu materialistik dan keangkuhan dek kekayaan semakin merisaukan dewasa kini"...?

Lizzam said...

...atau yang hon tu kancil tapi guna hon mercedes (bole ke?)

aku tetap matikan enjin dan pegi toilet.

artisticklytouch said...

kenapa downgrade? nak cover hutanglah tuh ha ha

buatlah apa kau nak buat bang, pedulik orang nak kata apa.

ha, lenkali kalau ada orang hon2 berlagak macam tuh ko gostan je langgar.

tadi pagi pun ada awek naik volvo nak berlagak tak reti nak bagi jalan kat aku wpun aku dah bagi signal nak masuk. tak sedar kepala sama tinggi dengan stereng, huh!

Fa-T said...

riak sungguh si mercedez.... hutang pun belum tentu bayar...

pye:rudz said...

lizzam: hehehe mau bergaduh aku kat situ.

naziah: memang aku keluar lambat-lambat dari pump tu pun eheh.

raddy: mamak je lah yang kaya macam tu!

najwa aiman: kalau yang hon kancil pun sama jugak bengapnya. tak reti sabar ke? mungkin jugak dia ada 2 bijik BMW kat rumah dia? mana tau?

lizzam: kau memang hobi matikan enjin ke? kehkehkeh

artis: mana boleh nak cover hutang? tak tercover beb! btw, awek tu tak nampak kau lah tu... dah kepala sama tinggi dengan stereng katanya.

fa-t: riak boleh hadir dalam diri semua orang. tapi, ia mungkin lebih cenderung berlaku apabila seseorang itu sudah kaya harta atau perasan kaya.

GAFARO said...

engkorang nak suruh orang bertumbuk ade je idea kan.......

anw4r said...

pemandu merc tu pun bukan tau kalau-kalau kau ade ferrari 2biji kat rumah.

artisticklytouch said...

oit, aku bukan artis la...panggil aku art cukuplah

pye:rudz said...

gafaro: hahaha bikin panas.

anw4r: mana ada dua bijik je ferrari? 12 bijik la... yang shell punya tu hahaha.

art: baik enche.

yawaununalip said...
This comment has been removed by the author.
yawaununalip said...

hahahahaha...ler, wa pong dari 1.5 ke 1.3 dan terkini 1.0.. tak pulak ada sesapa nak bayarkan installment.
wa nie, kalu laaaaaaaagi org hon-hon kat petrol pump. wa matikan enjin, wa bukak hood.. pastu wat tros wat bodo....hahahahhahaha hahahahhahah....

ad3ck said...

ku kalau dihon sebab jalan perlahan, lagi perlahan kan ku bawak, padan muka ;p.

izman said...

just be yourself bro. kena ukur baju dibadan sendiri.

salam singgah

pye:rudz said...

yuna: ingat nak buat jugak macam tu, tapi mengenangkan nak lekas sampai rumah, terus gua drive pelan2 je keluar.

ad3ck: itu je obatnya.

izman: gua memang macam ni beb, terima kasih singgah.