Wednesday, May 26, 2010

PETUA

Tikus
Orang kata kalau ada tikus buat hal dalam rumah seperti menggigit tupperware, tudung saji dan sebagainya, jangan dimarah-marah. Sebab kalau lagi dimarah, tikus itu akan bertindak lebih dahsyat. Oleh sebab itu, jangan marah tikus tu kalau dia buat hal kat rumah kita. In fact, jangan address kan nama "tikus" tu pun. Panggillah dengan nama lain seperti Cik Menti, Mickey Mouse atau lain-lain. Adik saya panggil tikus yang buat hal kat rumah mak saya Siti Nurhaliza.



Beras
Orang kata kalau nak elakkan beras dihinggapi kutu, letakkan beberapa tangkai cili kering dalam bekas beras tu. Mungkin nenek-moyang kutu tu ada yang pernah tergigit cili kering lepas tu menggelupur kepedasan. Mana nak carik air dalam bekas beras, kan? Makanya, cucu-cicit kutu pun dimaklumkan agar tidak melepak dalam bekas beras yang ada diletakkan cili kering di dalamnya.

Periuk Vision
Orang kata kalau nak bersihkan kerak yang melekat dalam periuk Vision (yang kaca tu lah) tak payah susah-susah. Rendamkan saja dengan sedikit cuka. Biarkan seketika atau ikut ketebalan kerak. Lagi tebal kerak, lagi lama dibiarkan. Lepas tu bilas dengan sabun, dengan mudahnya insyaallah bersih.

6 comments:

Fa-T said...

ehehe macam nenek kebayan.. dah jadi tokey petua-petuih..
ahahaa

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

bang dulu gua penah maki hamun tikus, selang berapa hari but bola gua boleh see through

anw4r said...

bagus seksyen mengulas pandang mengenai petua orang tua kau ni..

ad3ck said...

perumpamaan mickey mouse tuh sangat kontra dengan realiti tikus sebenar, lagi2 tikus kat kedai depan tuh yang kucing pong takut ;p.

Najwa Aiman said...

Wa rasa hanya petua yang ketiga tu je yang bukan datang dari nenek moyang... eheks...

pye:rudz said...

fa-t: gua nenek KEBAYA hahaha

gafaro: kan betul gua cakap...

anw4r: ;)

ad3ck: that's the idea.

najwa aiman: haah. time diorang dulu mana ada periuk vision.