Monday, May 24, 2010

LEBIH KURANG

Miss USA yang dinobatkan baru-baru ini berketurunan Arab. Ada juga yang kata dia seorang Muslim. Gua pun tak tau iye ke tidak. Nanti bila senang gua tanya sama Donald Trump. Rasanya semalam gua ternampak dia pergi steam rambut kat satu saloon di Carrefour Wangsa Maju. Mesti dia ada kat Malaysia lagi dalam 2-3 hari ni gua syak. Zoo Negara, Dataran Merdeka, Central Market, Haji Tapah dia belum singgah lagi rasanya tu.

Namun, gua lihat isu ini melalui dua perspektif.
Satu: Memang Miss-Miss di USA yang lain tidak layak menjadi Miss USA.
Dua: Propaganda penyelewengan akidah yang terbaru orang kafir.

Dalam pada itu, gua kerap juga mendapat panggilan dari ejen-ejen insurans yang sibuk nak suruh gua beli insurans. Iyelah, takkan ejen insurans jual ikan keli pulak kan? Dah macam-macam kaedah gua cuba elak. Tak jugak berjaya. Gua selalu cakap terus-terang, kalau diorang nak jual insurans, baik berenti cakap sekarang. Membazir je cakap dengan gua. Memang gua takkan sign-up punya. Degil.

Namun, pendekatan terbaru gua sekarang rasanya lebih mesra jiwa. Nombor ganjil-ganjil macam nombor pejabat memang gua takkan angkat. Tapi itulah masalahnya, nanti Obama telefon dari White House nak tanya macam mana nak masak gulai tempoyak, susah pulak kalau gua tak angkat. Diorang satu keluarga memang suka gulai tempoyak.

Stesen minyak Petronas minggu lepas ada buat hal. Tak taulah kat Bangi ni je atau yang kat tempat lain pun sama. Ada ke tak boleh pakai kredit kad nak isi minyak? Mastercard je tak boleh bang, Visa boleh. Kata minah kat kaunter tu. Nasib baik gua tau lagu kumpulan Visa yang meletup masa tahun 90-an dulu. Gua pun tuang minyak sambil nyanyi lagu kumpulan Visa. Diorang ni tak tau ke gaji orang masuk 26hb?

Pasaraya Sogo kalau ada buat jualan murah memang macam setan. Ramainya orang macam kat Puduraya masa nak balik kampung untuk hari raya. Hairannya, hari Ahad pagi pun orang ramai. Parking penuh. Masa nak naik ke ground floor ada gua ternampak satu family ni parking kat tempat OKU. Dan gua tau yang memandu tu bukan OKU. Gua dah standby nak sound bila dia lalu kat sebelah gua. Nasib baik dia menikus lama dalam kereta dan rokok gua pun dah abis. Nanti kalau Stephen Hawking datang nak beli seluar dalam Renoma yang sale tu macam mana? Kan susah dia nak parking nanti?



Kalau nak tau umur korang dah banyak ke tidak, cuba tanya budak-budak sekarang pernah dengar tak lagu Lambada? Tiap-tiap hari gua dengar lagu Lambada dalam Radio 3 Kuala Lumpur masa sekolah rendah dulu tapi sampai sekarang tak hafal lirik dia.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Wuih! Ni mood nak menulis atau mood nak berleter ni? Ekekekekekeke...

Yang parking kat OKU tu memang ada kurang upaya pemikiran.

Fa-T said...

ahaha....banyak betul rungutan...

ad3ck said...

Kiranya esok ko dah boleh isi minyak tanpa menggunakan kad kredit dan belanja Obama makan tempoyak lah kan?

pye:rudz said...

najwa aiman: haah ek? OKU juga tu.

fa-t: hehehe...

ad3ck: macam gitulah nampaknya kehkehkeh...