Monday, May 17, 2010

VESPA

Abah saya semasa dia memandu dan kami jadi penumpang dulu, kalau terjumpa orang menunggang motosikal dengan gaya punggung disengetkan sebelah, mesti akan beliau ketawakan. Lebih-lebih lagi yang melakukan aksi-bawak-moto-senget itu hanyalah menunggang moto kapchai.



Abah kata, dulu orang bawak vespa, enjinnya terletak di satu belah (kiri rasanya) sahaja. Yakni, di bahagian kembung belah belakang moto vespa itu salah satunya ialah tempat letaknya enjin moto tersebut. Memang wajarlah kedudukan punggung penunggang disengetkan untuk mem"balance"kan moto tu. Takpun, bawak penumpang duduk kaki (dua-dua belah) melunjur ke sebelah berlawanan kedudukan enjin dengan tujuan yang sama. Saya percaya sebabnya Abah saya memang bawak vespa dulu. Kaler oren lagi!

Pernah masa saya belajar di UTM Skudai dulu Abah offer saya, "Kau nak moto vespa?". Mentah-mentah saya tolak. Takut meragam tengah jalan yang iye nya. Iyelah, moto klasik. Dapatlah saya moto Honda EX5. Bagus moto tu, sampailah kena curik kat Stulang. Kawan saya si Zaki yang kasi hilang. Takpelah, dah nak jadi. Kalau aku belasah dia pun bukannya boleh dapat balik moto tu. Baik aku mintak dia ganti dan dia dah ganti dah pun.

Tapi sekarang vespa dah revived. Enjin pun dah dok kat tengah-tengah body sekarang. Cantik beb! Teringin jugak saya nak sambar satu. Tapi, harga untuk sebijik vespa amatlah tidak munasabah untuk saya majukan keinginan saya. Nantilah, bila saya menang rm100ribu dari Petronas esok insyaallah saya akan sambar sebijik hahaha.

Oh ya, tadi saya balik makan ternampak orang bawak moto kapchai dengan punggungnya disengetkan ke sebelah kehkehkeh.

8 comments:

Fa-T said...

yang tu perah sampai urat siku dan urat pinggul keras.. tu yang senget tu...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

buasir kot?

kookabooras said...

best oo vespa. gear kat tgn kiri. pastu hon bunyi memang kelakar.

Unknown said...

nanti menang 100 ribu tu, ko boleh jadi art patron aku, yakk?

artisticklytouch said...

Aku cadangkan ko cari lagu Vespa Haji Samad lat YouTube

pye:rudz said...

fa-t: silap2 boleh buasir beb! hahaha

gafaro: barangkali juga.

kookabooras: gua tak pernah try bawak lagi.

tembakau: bukan setakat art patron malah apron, boron, ron95, ron 97, haron pun buleh! hahaha

art: nanti bila jalur lebar tidak sesak saya cuba semak.

Najwa Aiman said...

Wa pernah panjat Vespa oren tu. Lepas tu Vespa tu tumbang. Dengan wa sekali... Nasib baik tak kena hempap. Kalu tak tentu sekarang ni tak ada komen ni... eheks...

pye:rudz said...

najwa aiman: kehkehkeh... best!