Thursday, May 20, 2010

MARJINAH

Marjinah asalnya adalah gadis yang biasa-biasa saja. Marhain macam orang lain. Tapi semenjak Marjinah berkahwin dengan Saudagar Ismeth, fiilnya sudah banyak berubah. Daripada "biasa-biasa" kepada "cuba-nak-menjadi-luarbiasa".

Marjinah yang dulu merendah diri, kini dilihat lebih suka meninggi diri. Marjinah yang dulu elok budi-bicara, kini dilihat lebih suka cakap ikut suka. Semua ini berubah semenjak beliau berkahwin dengan Saudagar Ismeth. Saudagar Ismeth yang salahkah?

Saudagar Ismeth sebenarnya bukanlah orang yang asing kepada penduduk Kampung Kerbau Pening. Beliau juga dikenali sebagai orang yang elok budi pekertinya. Berbeza benar dengan sikap isterinya si Marjinah tu. Mungkinkah sebab Saudagar Ismeth itu orang yang ada-ada maka Marjinah itu yang cuba berubah daripada "gaya marhain" kepada "gaya ada-ada"?

Kejutan budaya yang membawa kepada perubahan fiil adalah amat ketara didapati berlaku kepada Marjinah. Kasihan. Anehnya, Saudagar Ismeth yang sejak lahirnya ada-ada itu lagaknya biasa-biasa saja seperti marhain lain tetapi Marjinah pula yang lebih.

Kasihan sama Saudagar Ismeth kerana nampak benar beliau tidak tahu barangkali tingkah-laku Marjinah di belakangnya. Yakni, menimbulkan kejelekan jelata dengan fiil ada-ada nya itu. Tak habis-habis mencanangkan dengan megah akan kehebatan harta Saudagar Ismeth kepada jelata. Walhal, rasanya Saudagar Ismeth bukanlah orang yang suka perkara sebegitu dicanang-canang.

Itulah lumrah manusia. Memanglah tidak semuanya begitu, tetapi yang "begitu" itulah yang tidak habis-habis membuatkan kita merasa jelek. Apa tujuan mereka bermegah-megah dan bersombong-sombong itu, tiadalah siapa pun yang mahu tahu atau ambil peduli. Kasihan Marjinah, sudahlah wannabe, menjengkelkan pula.

Namun dalam pada itu, ada juga yang begitu menyanjungi Marjinah. Pada mata mereka yang menyanjung itu, Marjinah lah yang paling bagus, paling hebat, paling berbakat dan pelbagai paling yang paling-paling lagi. Sanggup mereka ke martabat bawah demi menjunjung Marjinah yang amat dikasihi itu. Lucu mereka ini. Mudah benar tewas dengan cerita dongeng dan airmata yang direka-reka. Lembut jiwa tidak bertempat.

Ahhh, biarkanlah saja Marjinah. Biarkanlah saja orang-orang yang seperti Marjinah.

6 comments:

Fa-T said...

biarkan ayam betina berkokok di subuh pagi... tak ke mana pun...

anw4r said...

kasihan Marjinah..bantulah dia ke jalan yang benar..

ad3ck said...

Yang penting Marjinah bukan nama sebenar kan? ;p.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

err... ayam betina berkokok ke?

Najwa Aiman said...

Marjinah masih lagi buat kerja pangkah jamban orang ke?

pye:rudz said...

fa-t: ayam pengkid ke? kehkehkeh...

anw4r: susah kalau diri sendiri yang taknak berubah.

ad3ck: marjinah ada di sekeliling kebanyakan kita. cuba tengok.

gafaro: tak pasti. cuba tanya si fa-t tu.

najwa aiman: jamban orang tertentu je.