Tuesday, August 3, 2010

HAL MAKAN

Korang biasa pergi berkursus? Lebih-lebih lagi yang berkerja makan gaji macam aku nih, mesti biasa atau pernah pergi kursus. Biasanya kita diminta atau disuruh atau dipaksa untuk pergi berkursus. Jarang benar kita dengan sukarelanya nak pergi kursus, kan?

Biasanya bila kita berkursus ni, penganjur akan sediakan makan dan minum. Biasanya lah. Kekerapan makan dan minum pula bergantung kepada tempoh dan waktu kita berkursus tu. Standard lah, kalau sehari suntuk kursusnya, penganjur akan siapkan sarapan pagi, minum pagi (break), makan tengah hari dan minum petang (break). Kalau sampai malam, makan malam pun disediakan juga.

Kursus pulak kalau kat hotel penganjurannya, memang syoklah! Iyelah, makan dan minum dah tentu-tentu disajikan oleh hotel.

Tapi, apa jadi kalau kursus yang dihadiri itu tidak diadakan di hotel? Mungkin di pejabat kerajaan, institut, sekolah atau masjid barangkali? Ye betul, janganlah mengharapkan penyediaan makan dan minumnya bertaraf hotel pulak, kan?

Namun, ada juga yang masih bengap (atau buat-buat bengap) tidak memahami hukum linear mudah ini. Tak sudah-sudah nak komplen mi goreng tak sedaplah, kuih kecik sangatlah, teh tarik tak power lah, nak lauk kurang pedas lah dan eh, macam-macam lagilah. Rasa nak tempeleng pun ada juga kadangkala.

Saya memang tak "into" sangat hal-hal makan ni kalau berkursus hatta bermesyuarat sekalipun. Pada saya, kalau ada disediakan makan dan minum, itu rezeki. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tak sedap, jangan ambik lagi. Untuk mengkritik, jauh sekali. Itu saya lah. Orang lain saya tak tau.

Ini juga boleh disamakan dengan sikap penganjur yang lebih mengada-ada daripada peserta. Peserta takde apa-apa, rilek je. Penganjur pulak yang lebih. Kalau omputeh datang, nak bagi western food. Kalau Melayu datang, nak bagi lauk kampung. Kalau cannibal datang, nak bagi apa? Hah?



Sewajarnya, peserta/tetamu kena akurlah dengan apa jua hidangan makan dan minum yang disediakan penganjur. Ini pendapat saya saja. Contohnya kalau omputeh datang, kita hidangkan masakan Malaysia. Boleh juga dia berkenalan dengan selera Malaysia. Kau nak challenge diorang punya beef steak atau lamb chop? Diorang lagi terel masak lah. Kalau orang Melayu yang datang sibuk nak hidang masakan kampung. Macamlah orang tu tak reti nak makan western food. Talking about being judgemental. For all you know, ntah-ntah omputeh tu memang suka makan tempoyak, petai dan durian agaknya.

Untuk karakter-karakter yang mengada-ada pasal hal-ehwal makan dan minum semasa berkursus ni, saya ada satu soalan mudah untuk kalian:
Kau sebenarnya datang nak berkursus atau nak makan?

4 comments:

Fa-T said...

kalo gua... time makan gua cari teh sendiri... nak buat pe komplen.. dah suruh makan.. makan je laa.. kan..kan..kan..

pye:rudz said...

fa-t: itu kalau kita lah... kan?

Najwa Aiman said...

Wa suka pergi kursus! Wa suka! Wa suka!

Errr... Tak ada siapa kisah kan...?

pye:rudz said...

najwa aiman: memang best pegi kursus, tapi kalau tengah keje menimbun sibuk disuruh pergi kursus jugak, itu yang tak best tu, kan? ke, best jugak? cheh.