Saturday, August 21, 2010

RAMADHAN

Saya mengambil masa 3-4 hari untuk menghabiskan sekotak sigeret. Hebat bukan?

Apa jenis makanan pun kat PARAM (PAsar RAMadhan) nampak sedap sebelum waktu berbuka. Cuba korang pergi selepas waktu berbuka.

Seingat saya, saya tidak pernah makan moreh lepas terawikh. Malas nak berebut barangkali. Tapi tadi Masjid Al-Ansar hidang bubur hape ntah untuk moreh, bau durian! Pun begitu, saya terus balik jugak.

Jangan lupa bayar zakat fitrah beb!

Saya adalah jenis yang tak perlu bangun sahur. Kalau bangun pun sebab nak temankan Shidah dan saya cuma minum air sejuk saja.

Hellboy: The Golden Army ialah antara filem terakhir yang saya tonton di panggung sebelum Mikael lahir. Apa kena-mengena point ini dengan tajuk ini, saya pun tak tau.



On the way balik masjid tadi saya ternampak ada sekumpulan remaja lelaki dan perempuan (nak muntah aku taip ayat macam gini) sedang berbual-bual di buaian depan rumah jiran. Saya syak mereka mengambil peluang berdating di waktu malam.

Biasanya bulan puasa cuaca Malaysia panas terik, tapi tahun ini hujan-hujan pulak. Baguslah, sejuk sikit.

Mikael kena HFMD lagi (again!). Tapi kami laki-bini dah tak se-freak-out sebelum ini. Kali ni kami lebih cool sebab dah tau apa nak dilakukan. Seriously parents with little child, be careful. Biarlah orang tengok kita macam sanitizer-freak, but to hell with them. Our child's health is more important. Kalau anak kita sakit diorang kisah ke?

Ujian kesabaran di bulan Ramadhan saya rasa lebih hebat berbanding bulan lain. Bagus juga untuk kita belajar supaya lebih bersabar.

Pusat servis Perodua di Keramat tetap yang terbaik, pada pendapat saya.

Video Nude Dancer yang si Fathi upload dalam Facebook memang macam cilake.

Tindakan kawan saya Raddy untuk berpindah ke Putrajaya sebelum Ramadhan adalah tindakan yang bernas saya kira. Nasib baik saya memang seorang yang gagah perkasa malah kacak lagi bergaya dalam hal-hal pindah rumah nih (hahaha).

Saya perlu cari CD Barney yang lain untuk Mikael sebab dah naik mual saya tonton dua CD yang sama tiap-tiap hari. Gua siap boleh hafal lagu dan aksi budak-budak tu dengan Barney lagi tu! Mikael pulak setiap kali menonton CD Barney tu gayanya macam tak pernah tonton langsung sebelum ni yakni tumpuan menontonnya tidak berbelah bagi. Hebat betul penangan dinosaur ungu nih.

Oh ya, berbalik kepada point Hellboy tadi, saya sedang menonton filem itu di HBO semasa menulis entri kucar-kacir ni.

Dah, saya nak berehat dulu. Selamat meneruskan Ramadhan dengan jayanya, insyaallah.

6 comments:

Najwa Aiman said...

Bagus punya entri Ramadan la beb... eheks!

Anyways, FYI Haziq pun kena HFMD hari tu tapi dah sembuh. Masih mysterious dari mana dia contract penyakit tu.

aDfeez said...

x tahan... pasar ramadhan.. jadi param.. hahahha :)

me3n said...

Ku tak nampak kesan HFMD pada Mikael pon hujung minggu yang lalu..

pye:rudz said...

najwa aiman: kalau rajin, cari subtext hahaha.

belalang: PARAM adalah istilah yang kawan aku introduce masa kat UTM dulu. selain itu, ada juga yang memanggilnya pasar mencari jodoh hahaha...

meen: kali ni tak seteruk sebelum ni sebab dia tak demam, cuma ulser saja dalam mulut. alhamdulillah dah nak baik nampaknya.

Fa-T said...

aduh... hfdm again.. rilex.. kami sekeluarga diserang kutu!!!

dalam dunia ni 2 jenis ubat yang buat malu nak beli
1)ubat kutu
2)ubat kurap
ahahha

pye:rudz said...

fa-t: kutu? hairan... jaga beb, jangan kutu babi sudah!