Wednesday, September 29, 2010

KWIK WAN

1. Kalau betul Forensik PDRM perlu 2 minggu untuk dapat keputusan ujian DNA, maka sudah sampai masanya mereka membeli peralatan ujian yang baru dan lebih canggih.

2. Pengusaha taska yang tak berlesen tu bawak-bawaklah mendaftar dan dapatkan lesen. Dan jagalah anak-anak yang dipertanggung jawabkan oleh ibu bapa itu dengan baik.



3. Apa sudah jadi dengan Lotus Racing sama Proton?

4. Melaka tengah buat kolam anjing laut yang dijangka akan menjadi tarikan pelancong. Huh?

5. Sila faham ini: Yahudi dan Zionis adalah sama tapi berbeza.

6. Dulu masa Carlsberg sponsor Liverpool bos aku yang penyokong MU kata: Selagi Liverpool tak tukar sponsor, selagi itu Liverpool tak boleh menang title. Tapi sekarang Standard Charted yang sponsor Liverpool.

10 comments:

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

pendapat peribadi saya:

1-pengaruh CSI nih..

2-selalu bila kita lapurkan pada pihak berkuasa baru la dorang terkial kial pegi mendaftar

3-ego

4-ok jugak tu.orang melaka & n9 nak pergi ulu klang jauh,nak pegi s'pore banyak belanja..

5-orang berperangai seperti yahudi dan zionis amat berbeza dari Yahudi dan Zionis

6-pasukan bolasepak kelas saya pernah memenangi pertandingan bolasepak tanpa ada penaja.

Fa-T said...

1. PDRM patut jelaskan peralatan mereka telah ketinggalan zaman

2. Mereka jaga mungkin baik.. tapi tiada tauliah... jadi beramanah la siket wahai pengusaha.

3. cerai talak 3?

4. melaka memang mendahului negeri2 lain.

5. haa.. saya betul2 paham

6. ehehe.. alasan serba macam

me3n said...

Tajuk entri nih mesti ko ambil dari nama kedai gunting rambut KWIK Cut kat Carrefour Wangsa Maju tuh kan? ;p.

pye:rudz said...

gafaro: cuba mintak pasukan bolasepak kau gantikan team harimau muda boleh?

fa-t: melaka memang pendahulu negeri-negeri lain, itu yang siap ada sekolah budak mengandung tu.

me3n: hoh? ada eh? tak perasan pulak. tapi sebenarnya aku cuba me-melayukan bahasa inggeris. kan itu trend sekarang? cth: diskusi (perbincangan), toleransi (timbang rasa), fi (yuran) dsb.

tembakau said...

maknanya, liverpool takleh menang?

me3n said...

Ada, kalau tak silap kedai tuh bertentangan dengan kedai kunci&kasut bawah eskelatori (escalator dimelayukan ehehehehe)

Najwa Aiman said...

Anjing laut tu haper ek? Seal atau walrus?

pye:rudz said...

tembakau: aku hairan kenapa lepas tukar sponsor (yang bukan arak) pun susah nak menang. teori menyeleweng lah tu.

me3n: hoo... nanti aku semak.

najwa aiman: kalau dalam konteks melaka saya syak seal. kalau zoo negara mungkin diorang bawak walrus.

mafiaries said...

kalau ikut teknologi yang kita ada kat malaysia untuk ekstrak dna daripda tulang, memang nak kena ambik dua minggu. susah bro. nak kena nyah kalsium, baru boleh ekstrak. dalam csi, tipu jer tu. :)

pye:rudz said...

mafiaries: hoh! ingat kau dah berhijrah ke marikh hahahaha. saya setuju dan faham akan fakta itu. tapi, apa usaha yang kita (PDRM) lakukan untuk menjadikan siasatan forensik kita lebih efisien? adakah dengan membeli motosikal baru dan mitsu lancer evo?