Wednesday, October 20, 2010

2112 (DUA-SATU SATU-DUA)

Temnelxavac mengaru-garu kepala. Ini tetap perlu dilakukan, getus hatinya. Ini demi keselamatan makhluk Tuhan di Gmordor. Aku bertanggung jawab sebab apa-apa hal aku yang kena tanggung dan aku yang kena jawab. Aku harus segera bawa perkara ini kepada Kumpulan Kakonoiyo.

Aneh sekali apabila Kumpulan Kakonoiyo bersetuju. Aneh adalah merujuk kepada aspek kesediaan mereka untuk dipuji atau dimaki kerana bersetuju dengan cadangan Temnelxavac. Tiadalah pula Temnelxavac ketahui sama ada mereka bersetuju dengan banyak soal atau tanpa banyak soal kerana dia pasti mereka telah berbincang sesama mereka.

Dan Temnelxavac pun membawa pula usul yang telah dipersetujui Kumpulan Kakonoiyo kepada Bepaduvew. Bepaduvew dipertanggung jawabkan pula untuk memaklumkan kepada semua makhluk Tuhan yang paling seksi di Gmordor (dengar: lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi - Mulan Jemila).

Seperti yang dijangkakan, semua makhluk Tuhan di Gmordor memang akan menyampah dan marah. Dan Kumpulan Kakonoiyo dan Bepaduvew lah yang paling hebat dikecam kerana mereka di barisan hadapan. Temnelxavac langsung tidak masuk gambar. Dan beliau didapati masih bebas berkeliaran di daerah Nioshimayasaki tanpa gusar.

Cobaan... kata Kumpulan Kakonoiyo apabila banyak makhluk Tuhan di Gmordor mencemuh. Tak semua orang suka dengan perubahan, kata mereka. Perubahan seharusnya ke arah kebaikan dan bukan keburukan kata Singasongsong, salah seorang rakyat Gmordor yang boleh dikira baru juga mendapat IC Gmordor.

Dalam pada itu, ada juga salah seorang ahli Kumpulan Kakonoiyo yang melatah tak tentu arah. Ah, itu memang lazim beliau. Tiada apa yang menghairankan di situ.

Nirvana kata Tidak Mengapa, kita lihat saja apa keputusan akhir Kumpulan Kakonoiyo pada hari 15 menurut kalendar al-Gnilek. Teruskan atau batalkan.

***

Tidak semua 1 (Satu) itu bagus. Kadangkala 2 (Dua) jauh lebih bagus dari 1 (Satu). Terpulang dari perspektif mana anda melihatnya.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Rasa-rasa macam gua tahu... tapi gua tak tahu... Hmmm...

pye:rudz said...

najwa aiman: gua rasa lu tak tau nih... ehhee...

tembakau said...

helo mr tolkien.

pye:rudz said...

tembakau: kehkehkeh... ahmad tolkien? kehkehkeh...