Friday, October 15, 2010

SUP TULANG 101

Entah dari mana Abang Azri boleh dapat ilham dengan konfiden mintak tolong kitorang masak sup tulang untuk majlis aqiqah cucunya, aku pun tak tau. "Kitorang" adalah merujuk kepada jiran-jiran sepakat membawa berkat beliau.

Dan berkumpul lah aku, Shamsul, Midi, Halim dan Padil sekitar petang sebelum Maghrib di rumah Abang Azri. Masing-masing memang tak cukup atau mungkin takde ilmu langsung dalam hal-ehwal memasak sup tulang nih. Melantak sup reti lah. Pun begitu, kami tetap buat-buat reti, berkat kerajinan menonton channel AFC selain rancangan masakan chef-chef tempatan.

Rebus daging dulu kasi empuk katanya. Lepas tu tumis bahan-bahan rempah dan masukkan dalam rebusan daging tadi. Aku angguk je lah buat-buat reti padahal satu haram tak tau metodologi sebenar penyediaan sup tulang. Rebus ni mau 2-3 jam katanya. Bila angkat, isi luruh dari tulang barulah ready sup tu. Fuh, macam masak lemang bunyinya. Aku bantai angguk lagi.

Dalam pada itu ada juga idea bernas untuk mencopet sikit isi-isi daging untuk dibuat BBQ. Sambil-sambil tunggu daging empuk, kita mainlah bakar-bakar katanya. Kami sepakat bersetuju. Dan Padil ditugaskan untuk buat marinade daging tersebut sebab dia memang suka hal-ehwal sebegini.

Lepas Maghrib, Shamsul start naik api untuk BBQ. Yang lain-lain mula nak menumis rempah-ratus. Macam-macam fatwa keluar masa nak menumis. Masuk itu dulu lah, ini dulu lah, padahal main belasah je.

Paling best masa masuk biji pelaga. Meletup-letup macam mercun pop-pop. Keadaan panik menyebabkan kami lari bertempiaran sebelum kembali ke periuk untuk mengeluarkan semula sebahagian biji pelaga tersebut. Apa taknya? Api panas bukan main, pastu tuang sepeket biji pelaga. Sukatan pun main belasah je masuk ikut suka. Nasib baik tuan rumah tak nampak, kalau tak mau kena halau balik kitorang.

Si Midi lagi out, kalau boleh semua bahan yang ada nak dimasukkan sekali. Kalau ada lapan peket kayu manis tu, lapan-lapan peket nak dimasukkannya. Gila apa mamat nih?

Si Halim bertugas selaku pengacau tumisan rempah yang jitu. Nasib baik tak bocor periuk si Padil dibuatnya. Takut hangus jadi kerak kat dasar periuk katanya. Aku percaya sebab dia kerja kat MINT (nuklear). Mesti dia dah biasa dengan kerja kacau-mengacau bahan radioaktif. Inikan sup tulang? Heh, apalah sangat?

Yang lain tu tolong-tolong mana reti je lah. "Mana reti" adalah merujuk kepada elemen yang tidak merosakkan sup.

Hang marinade dengan apa daging ni Padil? Hang letak black pepper sekali ka?
Besa lah, garam, kunyit dengan... apa dia tu...
Black pepper?
Bukan.
Habih tu apa? Ni black pepper lah ni kan?
Bukan... alah... apa dia tu...
Lada hitam?
Haaa! Lada hitam!
Black pepper dengan lada hitam tu samalah woi!
Huahahahahaha... (ramai-ramai termasuk Padil)

Daging BBQ tu aku tak tipu, memang rasa arang. Pun begitu, licin jugak kami kerjakan. Tapi rasa sup tulang tu memang tidak mengecewakan. Nak kata sedap sangat tu takdelah, tapi bila makan tu, rasalah macam sup tulang dan tak rasa macam gulai lemak.

Tapi aku percaya, next time kalau kitorang masak sup tulang lagi mesti rasa dia tak sama dengan yang kitorang masak malam tu.

2 comments:

Najwa Aiman said...

Gear box! Gear box beb! Perghhh...!!!

pye:rudz said...

najwa aiman: sekor lembu punya tulang beb! bukan setakat gearbox, blok enjin dengan drive shaft pun ada! hahaha...