Wednesday, December 8, 2010

KE DEPAN LAGI

Selamat tahun baru kepada yang menyambutnya menurut kalendar Hijrah. Mengaku sajalah, kita tak sambut tahun baru Hijrah ini semeriah kita menyambut tahun baru kalendar Gregorian, kan?

Bila tiba tahun baru ni, orang biasanya bercerita pasal azam. Klise bukan? Azam pula biasanya hendak menjadi lebih baik daripada dulu. Ini juga klise bukan?

Namun, dalam segalanya berkaitan tahun baru itu adalah klise pada pandangan mata kita, masih ada juga yang "cuba tanpa mencuba" untuk menjadi tidak klise yakni tidak mahu berubah. Mereka definisikan diri mereka sebagai istimewa. Tapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka ini stagnant, stationary dan idle.

Masih lagi gemar "berbual secara rasmi" berjam-jam tanpa efektif.
Masih lagi gemar minta petang ini jam 530 untuk kegunaan esok jam 9 pagi.
Masih lagi percaya bahawa menyelesaikan hal pada minit-minit terakhir itu hasilnya akan lebih brilliant.
Masih lagi berperasaan bahawa mereka selamanya akan di atas.
Masih lagi sibuk mengusung labu milik Si Luncai ke hulu dan ke hilir.
Masih lagi mereka ini.
Masih lagi.



Kau takkan sampai ke angkasa dengan hanya berkereta lembu!

5 comments:

akupentoi said...

mskkan keta lembu tu dlm kapal angkasa....

Najwa Aiman said...

Kereta lembu pun kena pakai duit maaa... eheks!

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

bila tahun baru,semua bercerita pasal azam.

tapi tak ramai cerita pasal Adzam.

***selamat tahun baru hijrah dan masihi cik pyerudz...

Fa-T said...

yaa.. saya berazam untuk berazam di setiap tahun yang baru...

pye:rudz said...

toi: ni cerita takde kapal angkasa la nih... tapi sibuk nak pegi jugak.

najwa aiman: betul. setuju.

gafaro: biar adzam cerita pasal diri dia sendiri kat blog dia lah hahaha...

fa-t: kau tukar je lah nama kau kepada azam, amacam?