Friday, May 20, 2011

MINYAK

Tidak, saya bukan nak bicara soal harga minyak naik. Lagipun, Black Pocket saya hanya menggunakan RON95 untuk bergerak. Minyak marhain.



Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan minyak Petronas yang terbaru yang dikenali sebagai PRIMAX 95 Xtra. Ya, saya memang menggunakan minyak Petronas sebagai tanda sokongan kepada produk negara untuk semua kenderaan-kenderaan saya sebelum ini. Patriotik? Ada lah jugak. That's the least I can do.

Namun, "PRIMAX 95 Xtra: Savings all the way" telah menghilangkan kepercayaan saya setelah menggunakannya sebanyak tiga kali. Full tank. Jimat? Saya rasa macam kena tipu. Jangan melatah dulu, sila baca sampai habis. Ingat, ini adalah pengalaman saya. Pengalaman orang lain saya tak tau.

Saya memang keep track dengan mileage yang di clock oleh kereta saya setiap kali mengisi minyak. Dan saya memang sentiasa isi full tank. Manalah tau, tup-tup esok minyak naik, takyah kelam-kabut beratur kat stesen minyak sebelum tengah malam.

Sebelum minyak baru ni, kereta saya secara puratanya mampu clock 420km dengan full tank yakni daripada fuel indicatornya full bar sehinggalah ia berkelip-kelip memberitahu kereta ni dah haus. Ya, saya mengamalkan gaya pemanduan berhemah. Sekali-sekala je tekan sampai 130km/h atau 140km/h. Takut.

Dan biasanya juga, kereta saya secara puratanya mampu clock 250km dengan half tank. Lebih kuranglah. Maknanya, makin sikit indicator bar tu, lagi cepat minyak habis. Rasanya, ini ialah janjang arithmetic untuk kereta saya. Rasanyalah.

Namun, minyak baru ini hanya mampu clock 350km sahaja untuk full tank. Mula-mula tu ingat minyak baru ni tak ngam lagi dengan enjin ataupun sebab bercampur dengan minyak formula lama. Tapi dah tiga kali full tank saya isi, resultnya tetap sama. Dan semalam sekali lagi saya isi full tank. Kalau masih sama juga hasilnya (+/-350km), saya mungkin kena carik minyak lain untuk kereta saya. Yang lebih nilai untuk wang.

Untuk makluman, saya kini sedang berkira-kira nak pakai minyak BHP. Kalau ada rezeki boleh dapat Inspira! Muahahaha.

Ingat, ini adalah pengalaman saya. Pengalaman orang lain saya tak tau.

6 comments:

Fa-T said...

mau inspira ya...

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

inspirenya pngalaman anda

Najwa Aiman said...

Sebelum Primax ni lu pakai haper?

pye:rudz said...

fa-t: kalau percuma apa salahnya...

gafaro: inspirasi taming sari.

najwa aiman: primax lama.

Muhaimin said...

Memang kontra dengan yang ku alami, pasal ku rasa penjimatannya, RM50 boleh pergi 370+km berbanding sebelum ini hanya 330+km. Ku tengah buat kajian beberapa petrol sekarang nih, ku mendapati Esso paling jimat so far. Walaubagaimanapun ku tak try Caltex lagi. BHP tak berapa jimat, tapi pickup better. Shell biasa-biasa je..Ini pengalaman ku lah :). Nanti ku pun nak tulis pasal petrol!

kuchalana said...

Yop.. aku rasa dia pi ikut jenis enjin la.. so far aku dpt rasa penjimatan tu. Maybe ko kene try few more jenis mcm yg encik muhaimin buat...