Wednesday, June 1, 2011

MINYAK (2)

Pagi tadi Black Pocket saya dah clock 250km dengan half tank petrol. Ini adalah petanda yang baik dan ini adalah kali ke 6 saya isi full tank menggunakan minyak petrol Primax 95 Xtra secara berterusan. Ya, dalam hati saya ada taman kerana masih memberi peluang kepada hasil produk negara.

Trend pagi tadi menunjukkan telah ada kemajuan daripada sebelum ini. Bagus. Tak payah saya susah-susah nak carik stesen minyak lain. Stesen Petronas ni bersepah satu Malaysia beb!

Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat saya:

1. Masa mula-mula try minyak tu kereta saya dah lama tak diservis. Mungkin pembakarannya kurang efisyen sebab banyak sangat daki. Perubahan kemajuan dari segi clocked mileage adalah amat ketara selepas kereta diservis. Tidak, saya bukan malas nak servis kereta tapi mileage nya belum cukup untuk diservis. Bila dah samapai time barulah servis, kan?

2. Adakah kemungkinan campuran minyak formula lama dan baru dalam tangki bawah tanah di stesen minyak juga menjadi faktor performance minyak baru tersebut? Mungkin juga kan?

3. Kalau Black Pocket saya mampu clock lebih daripada purata mileage yang biasa dia clock sewaktu menggunakan minyak lama dulu maka memang champion lah minyak baru ni. Namun kalau dia hanya sekadar at par saja, maka takdelah terel sangat minyak baru tu.

Maka saya dengan ini membuat keputusan untuk kekal menggunakan minyak RON95 baru keluaran Petroliam Nasional Berhad tertakluk kepada *terma & syarat.

Sekian, terima kasih.



*Clocked mileage dengan full tank mestilah sekurang-kurangnya at par dengan minyak terdahulu.

4 comments:

Najwa Aiman said...

Salah kereta la tu... Kita bakor je!

Unknown said...

tuan boleh menukar tajuk blog tuan kepada 'efisiensi bahan bakar'-

jusoh bin mat kasim
pengerusi bertindak
kelab penyokong petronas

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

lu dah sumbat spot rim ke?

pye:rudz said...

najwa aiman: hish... janganlah hina kereta saya yang comel itu...

tembakau: kirim salam sama encik jusoh ye, dengan ucapan; bila saya nak menang iPad 2 nih?

fa-t: mana mau nye... sport rim stok kilang lagi beb...