Wednesday, March 25, 2009

MESYUARAT

Aku duduk sebelah Halimi dalam mesyuarat tadi. Gampang lama mesyuarat tu. 3 jam! Haa... korang pernah mesyuarat sampai 3 jam? Tapi rekod aku kat sini pernah lebih daripada 3 jam tu. Fuh.



Halimi adalah yang paling pening dan paling banyak kerja untuk Hari Terbuka nanti sebab dia Pegawai Pentadbiran. Habis satu kampus ni diletakkan di bawah pentadbiran beliau. Hahaha... nasib baik aku tolak jawatan tu dulu. Beriya benar bos aku offer jawatan tu kat aku sebelum Halimi masuk. Aku dah tau dah penyakit duduk kat tempat Pegawai Pentadbiran tu, sebab tu aku tolak awal-awal. Tapi, sampai sekarang Halimi tetap tak kurus pun?

Aku dan Halimi suka duduk sebelah-menyebelah dalam mesyuarat ni untuk mengendurkan keadaan yang tegang ntah hapa-hapa tu. Kebetulan juga kami ditugaskan menjaga portfolio yang sama iaitu sebagai co-ordinator dewan pameran. Kami juga gemar buat lawak bangsat untuk menghilangkan kebosanan mesyuarat sesama kami.

Seperti biasa, banyak benda yang Halimi kena buat. Itulah, inilah, begitulah, beginilah dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba pengerusi mesyuarat tanya,
"Amacam Mi(nama manja Halimi)? Boleh ke semua ready hari Khamis nanti?"

Halimi menjawab selamba,
"Tengoklah, insyaallah kalau saya tak datang bulan hari tu, bolehlah kot".

Halimi sebenarnya ialah seorang lelaki normal yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dan itu adalah lawak yang paling bangsat dan tak kelakar pernah aku dengar seumur hidup aku.

7 comments:

ziah said...

hahahahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Najwa Aiman said...

I miss those momemnts! Ekekekekeke... Weh... Kau orang masih G5 ke? Sepatutnya dah G4 sekarang ni kan?

pye:rudz said...

naziah: see? i told you so...

najwa aiman: gua dah G4. halimi rasanya masih G5.

kookabooras said...

aku penah meeting start kul 3 ptg sampai 8 mlm kat TM. dol betul. last2 sume mcm pasar je sembang. xd formal2 da

tembakau said...

APA LA YG TERTULIS KAT WHITE BOARD TU...STRATEGI??? HMMMM

pye:rudz said...

kookabooras: huish... aku pernah attend meeting yang lagi lama pada itu haha...

tembakau: eksyen je tu... bukan ada benda punn...

Pootz in Boots said...

malam tadi Halaqah @TV9 bincang pasal Datang Bulan, good one!
Naj: Kita pernah meeting yang laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama sangat, kan? Sebelum mtg kene berature pergi kencing dulu...